Apabila akaun anda dihapuskan, anda kehilangan akses serta-merta. Fail berhenti diselaraskan pada semua peranti anda dan anda tidak boleh mengakses akaun pada dropbox.com. Pentadbir anda boleh memindahkan fail kerja anda kepada ahli pasukan lain dan anda boleh menghapuskan folder Dropbox kerja daripada mana-mana peranti yang dipautkan.
Anda tidak akan dapat mencipta akaun Dropbox lain dengan alamat e-mel yang sama sehingga selepas 30 hari.
Apakah fail yang boleh dipindahkan?
Pentadbir anda boleh memindahkan fail daripada akaun ahli pasukan ke ahli pasukan yang lain apabila akaun anda dihapuskan.
Apakah yang dipindahkan?
- Semua folder dan fail sedia ada.
- Semua fail terhapus.
- Pemilikan folder kongsian yang anda miliki.
- Keahlian kepada folder kongsian yang dimiliki oleh ahli lain pasukan Dropbox anda.
- Pemilikan dokumen Paper yang anda cipta.
- Satu salinan folder “Apps” yang mengandungi data aplikasi pihak ketiga.
Apakah yang tidak dipindahkan?
- Pautan kongsian yang anda cipta (pautan tidak lagi berfungsi).
- Perhatian: Jika akaun anda telah digantung dan bukannya dihapuskan, pautan Kongsian akan terus berfungsi.
- Versi terdahulu fail.
- Keahlian folder kongsian yang dimiliki oleh orang di luar pasukan Dropbox anda. Hanya salinan folder ini yang akan dipindahkan.
- Akses kepada dokumen Paper yang bukan milik anda.
- Datastore (sejenis data khusus yang digunakan oleh pembangun sesetengah aplikasi pihak ketiga untuk menyimpan data aplikasi mereka).
Apakah yang terjadi kepada fail dalam peranti saya yang dipautkan?
Apabila pentadbir Dropbox menghapuskan akaun kerja anda daripada pasukan, mereka mempunyai pilihan untuk menghapuskan folder Dropbox kerja anda daripada semua peranti yang dipautkan.
Apa akan terjadi kepada akaun Dropbox peribadi saya yang bersambung?
Jika anda telah menyambungkan akaun kerja dan peribadi anda, pentadbir tidak boleh menghapus atau menggantung akaun peribadi anda.
Bolehkah saya mengaktifkan semula akaun kerja saya jika saya telah dihapuskan daripada pasukan Dropbox?
Jika akaun anda telah dihapuskan dalam tempoh tujuh hari yang lalu, hubungi pentadbir anda untuk meminta mereka memulihkan akaun anda. Jika anda pentadbir, ketahui cara untuk mengaktifkan semula akaun ahli yang digantung atau dihapuskan.
Jika sudah melebihi tujuh hari, Sokongan Dropbox boleh memulihkan akaun tersebut dalam keadaan yang terbatas. Walau bagaimanapun, atas tujuan keselamatan, kami memerlukan keizinan pentadbir pasukan Dropbox anda yang terdahulu sebelum kami boleh memulihkan akaun anda. Hubungi Sokongan Dropbox untuk bantuan dengan maklumat yang berikut:
- Pengesahan bahawa anda ingin memulihkan semula akaun yang telah dihapuskan daripada pasukan Dropbox.
- Nama pasukan Dropbox anda sebelum ini.
- Alamat e-mel pentadbir pasukan anda yang sebelumnya.
Kemudian kami boleh cuba untuk memulakan proses pengaktifan semula akaun.