Semakan domain menunjukkan kepada pentadbir bilangan pengguna yang telah mencipta akaun Dropbox peribadi menggunakan alamat e-mel kerja pada domain mereka yang telah disahkan. Pentadbir kemudiannya boleh menggunakan penawanan akaun untuk memaksa pengguna ini memindahkan akaun peribadi tersebut ke pasukan Enterprise atau menukar alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox mereka.
Semakan domain dan penawanan akaun membantu pentadbir:
Bahagian dalam artikel ini:
Sebelum semakan domain dan penawanan akaun boleh diaktifkan, pentadbir akaun pasukan Dropbox mesti mengesahkan pemilikan domain:
Bagaimana jika saya ada lebih daripada satu domain untuk disahkan, atau saya ingin mengesahkan subdomain?
Pentadbir boleh memilih untuk mengesahkan domain utama, iaitu domain tahap teratas laman web mereka (Contohnya, “dropbox.com”). Pentadbir juga boleh mengesahkan subdomain, iaitu domain kedua laman web mereka (Contohnya, “sales.dropbox.com”). dan “dropbox.com/sales”).
Apabila pentadbir pasukan mengesahkan domain utama, mereka akan melihat satu kotak rait di sebelah Sertakan semua subdomain. Biarkan ini ditanda rait untuk mengesahkan semua subdomain bagi domain utama. Mengesahkan subdomain tidak akan memaparkan pilihan ini.
Kaedah pengesahan yang manakah sesuai untuk saya?
Terdapat tiga cara berbeza anda boleh mengesahkan domain anda:
Untuk mana-mana dua pilihan yang pertama (menambah tag meta atau memuat naik fail HTML), kemungkinan besar anda memerlukan akses untuk mengubah suai kod pada laman web anda. Ini adalah pilihan selamat dan agak cepat, disebabkan Dropbox akan dapat melihat perubahan sebaik sahaja ia berlangsung pada laman web anda.
Jika anda tiada akses untuk mengubah suai laman web anda secara langsung, atau anda tiada laman web yang dihoskan pada domain yang anda ingin sahkan, anda boleh mencipta rekod TXT pada laman web hos domain anda.
Kebanyakan perkhidmatan hos domain sepatutnya mempunyai fungsi ini, namun begitu, langkah khusus pada setiap perkhidmatan akan berbeza. Jika anda tidak dapat mencari langkah-langkah untuk mengubah suai konfigurasi DNS anda, sila hubungi pasukan sokongan atau dokumentasi hos domain anda untuk bantuan. Dropbox tidak dapat menyediakan sokongan hos domain.
Bagaimana jika saya tidak dapat melengkapkan pengesahan domain?
Jika anda tidak dapat melengkapkan proses pengesahan domain, anda boleh berbuat demikian kemudian menggunakan pilihan Teruskan pengesahan.
Selepas anda mengesahkan domain anda, anda boleh melihat statistik untuk setiap domain yang disahkan dalam konsol pentadbir:
Setiap domain yang anda miliki akan menunjukkan jumlah aktiviti akaun Dropbox peribadi di bawah lajur akaun Peribadi.
Selepas anda mengesahkan domain anda, anda boleh menggunakan penawanan akaun untuk memaksa ahli pasukan menggunakan alamat e-mel kerja mereka untuk akaun Dropbox peribadi berpindah ke pasukan Enterprise atau menukar alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Dropbox mereka.
Bolehkah saya menggunakan penawanan akaun untuk pengguna dalam pasukan Dropbox yang lain?
Ciri penawanan akaun hanya akan membenarkan anda menawan pengguna yang belum lagi menjadi ahli akaun pasukan Dropbox. Jika anda ingin menggabungkan pasukan sedia ada yang lain, hubungi kami untuk bantuan.
Bolehkah saya menghantar semula pemberitahuan e-mel bagi penawanan akaun?
Ya. Anda boleh menghantar semula e-mel penawanan akaun walaupun anda sudah menghidupkan penawanan akaun. Untuk berbuat demikian: