Dasar hak cipta Dropbox

Catatan penting berkenaan bahan hak cipta

Anda hanya patut menggunakan folder kongsian, pautan awam, dan galeri foto untuk fail yang anda mempunyai hak undang-undang untuk berkongsinya dengan orang lain (sebagai contoh, dokumen, foto, perisian, muzik, dan video yang dicipta oleh anda sendiri). Anda tidak mempunyai hak untuk berkongsi fail melainkan anda memiliki hak cipta ke atasnya atau telah diberi izin oleh pemilik hak cipta untuk berkongsinya. Membeli atau memperolehi video, muzik, e-buku, atau perisian secara sah tidak memberikan anda hak untuk berkongsi bahan tersebut dengan pihak ketiga melalui Internet.

Jika anda mempunyai keraguan sama ada anda mempunyai hak undang-undang untuk berkongsi fail-fail tertentu, anda tidak harus berkongsinya. Dengan menggunakan ciri folder kongsian, folder awam, atau galeri foto, anda menyatakan bahawa fail yang diletakkan di dalam folder tersebut tidak melanggar Terma Perkhidmatan Dropbox dan bahawa anda memiliki semua hak cipta ke atasnya atau telah diberi kebenaran oleh pemilik hak cipta untuk berkongsinya. Dropbox telah mengamalkan dasar menamatkan akaun pengguna yang melanggar hak cipta berulang kali atau akaun orang yang menerima pelbagai dakwaan pelanggaran. Jika anda kerap berkongsi fail yang melanggar hak cipta orang lain, akaun anda akan ditamatkan.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang dasar hak cipta Dropbox dan langkah-langkah untuk melaporkan tuntutan pelanggaran hak cipta, sila layari halaman DMCA Dropbox.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan