Kenapa Dropbox ingin menghidupkan kebolehcapaian?

Kebolehcapaian adalah tetapan Apple yang membenarkan aplikasi pada Mac anda untuk berinteraksi dengan aplikasi lain. Contohnya, ia membenarkan lambang Dropbox untuk bekerja dalam aplikasi bukan Dropbox. 

Jika anda tidak menghidupkan kebolehcapaian, anda tidak akan mendapat akses kepada ciri-ciri Dropbox seperti:

  • Lambang Dropbox
  • Lihat orang yang telah melihat fail anda 
  • Keutamaan lebih baik untuk penyelarasan fail 

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pengurusan keizinan fail.

Bagaimana saya menghidup atau mematikan kebolehcapaian Dropbox pada Mac saya?

Jika anda memasangkan Dropbox pada Mac, anda boleh melihat kotak dialog ini:

Klik Hidupkan Kebolehcapaian untuk mengakses semua ciri Dropbox pada komputer anda.

Untuk membenarkan kebolehcapaian dari sini:

  1. Klik Hidupkan Kebolehcapaian.
  2. Pergi ke tab Privasi, jika anda belum ada di sana. 
  3. Klik ikon kunci untuk membuka kunci keutamaan sistem anda.
    • Anda akan diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan komputer anda (bukan nama pengguna dan kata laluan Dropbox anda)
  4. Tanda rait kotak di sebelah ikon Dropbox untuk menghidupkan kebolehcapaian atau buang tanda rait untuk melumpuhkan kebolehcapaian.
  5. Klik ikon mangga sekali lagi untuk mengunci semula keutamaan sistem.

Cara menyunting kebolehcapaian selepas anda memasang Dropbox

Jika anda ingin menyunting kebolehcapaian selepas anda sudah memasang Dropbox:

  1. Pada komputer Mac, klik ikon Keutamaan Sistem.
  2. Klik Keselamatan & Privasi.
  3. Klik tab Privasi.
  4. Klik Kebolehcapaian dalam menu.
  5. Klik ikon kunci untuk membuka kunci keutamaan sistem anda dan masukkan nama pengguna dan kata laluan untuk komputer anda.
  6. Tanda rait kotak di sebelah ikon Dropbox untuk menghidupkan kebolehcapaian atau buang tanda rait untuk melumpuhkan kebolehcapaian.
  7. Klik ikon mangga sekali lagi untuk mengunci semula keutamaan sistem.

Anda juga mungkin akan diminta untuk:

  • Hidupkan kebolehcapaian untuk lambang Dropbox, jika anda belum melakukannya
  • Mulakan semula aplikasi desktop Dropbox

Cara membuatkan Dropbox supaya berhenti bertanya anda tentang kebolehcapaian

Jika anda tidak mahu kerap ditanya tentang kebolehcapaian, klik kotak rait di sebelah Jangan tunjuk ini kepada saya lagi. Untuk membuat perubahan kepada kebolehcapaian anda pada masa akan datang, ikut arahan “Cara menyunting kebolehcapaian selepas anda memasang Dropbox“.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan