Cara menambah, menghapus, dan mengimport cadangan kenalan ke Dropbox untuk perkongsian

Dikemas kini Dec 05, 2023
Apabila anda pergi ke kongsi fail atau folder dalam Dropbox, anda akan melihat satu senarai cadangan kenalan yang boleh dicari melalui e-mel, nama atau kumpulan. Artikel ini menjelaskan bagaimana untuk menambah, mengimport dan menghapuskan cadangan kenalan anda.

Cara menambah kenalan kepada senarai cadangan kenalan anda

Terdapat beberapa cara nama dan e-mel boleh ditambah kepada senarai cadangan kenalan anda.
 

Untuk menambah seseorang kepada senarai cadangan kenalan anda:

  • Kongsi fail atau folder dengan kenalan itu, atau buka fail atau folder yang dikongsikan oleh kenalan itu dengan anda
  • Tag kenalan itu dalam dokumen Paper, atau anda ditag oleh mereka
  • Jemput seseorang ke Dropbox, atau terima jemputan ke Dropbox daripada kenalan itu
     

Selepas melakukan satu daripada tindakan ini, kenalan yang berinteraksi dengan anda akan ditambahkan kepada senarai cadangan kenalan anda.

highlight icon

Perhatian: Jika anda menggunakan Pasukan Dropbox, ahli pasukan dan/atau kumpulan akan ditambahkan kepada senarai cadangan kenalan anda secara automatik.

Cara menghapuskan kenalan daripada senarai cadangan kenalan anda


Jika anda telah memautkan dua akaun Dropbox, menghapuskan kenalan anda akan menghapuskan kenalan anda untuk kedua-dua akaun.

Untuk menghapuskan semua kenalan anda daripada Dropbox sekali gus:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik tab Umum .
  5. Tatal ke Keutamaan.
  6. Klik Kosongkan.
highlight icon

Perhatian: Terdapat beberapa jenis kenalan yang tidak akan dihapuskan melalui tindakan ini:

Cara mengimport kenalan secara pukal dari Gmail dan Outlook

Anda boleh mengimport kenalan anda ke Dropbox dari Gmail atau Outlook. Untuk mengimport semua kenalan anda dari salah satu apl pihak ketiga ini:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Klik App Center daripada menu yang muncul.
  4. Klik Google Calendar atau Outlook Calendar and Contacts.
    • Jika anda tidak nampak sesuatu yang sedang dicari, gunakan bar carian App Center.
  5. Klik Sambung, dan ikut prom.

Cara menghapuskan kenalan yang telah diimport dari Gmail atau Outlook

Untuk membuang kenalan yang diimport dari Gmail atau Outlook, anda perlu memutuskan sambungan apl pihak ketiga itu daripada Dropbox. Untuk melakukan ini:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Apl bersambung.
  5. Klik aplikasi yang ingin diputuskan sambungan.
  6. Klik Putuskan sambungan.
highlight icon

Perhatian: Apabila anda membuang akaun Outlook anda daripada Dropbox, Dropbox tidak lagi boleh mengakses sebarang data Microsoft anda. Walau bagaimanapun, jika anda semak dalam akaun Microsoft anda, akaun itu mungkin masih menunjukkan bahawa Dropbox disambungkan. Ini ialah batasan Microsoft API, dan Dropbox tidak lagi mempunyai akses apabila anda membuang Outlook daripada akaun anda.

Bolehkah saya menghapuskan kenalan satu persatu daripada senarai cadangan kenalan saya?

Tidak. Anda tidak boleh menghapuskan kenalan satu persatu daripada senarai cadangan kenalan anda, dengan tiga pengecualian yang berikut:

  • Jika kenalan yang ingin dihapuskan telah diimport daripada apl pihak ketiga. Anda boleh memutuskan sambungan apl pihak ketiga, menghapuskan kenalan daripada apl pihak ketiga itu, dan kemudian mengimport semula kenalan anda ke Dropbox.
  • Jika anda ahli Pasukan Dropbox, anda boleh menghubungi pentadbir untuk membuang ahli daripada pasukan anda. Mereka kemudiannya akan dihapuskan daripada senarai cadangan kenalan anda.
  • Jika anda menggunakan Dropbox API (tersedia pada akaun pasukan Dropbox). 
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan