Bolehkah saya menggabungkan akaun Dropbox?

Buat masa ini, tiada cara untuk menggabungkan akaun Dropbox individu secara automatik. 

Jika anda seorang ahli Dropbox Business, anda boleh menggabungkan dua pasukan.

Cara yang paling mudah untuk menggabungkan akaun individu adalah dengan berkongsi semua fail dan folder dari akaun lama dengan akaun utama yang anda ingin gunakan. Kemudian anda boleh menghapuskan akaun yang lama

Cara menggabungkan akaun dengan berkongsi semua fail dan folder

Untuk berkongsi semua fail dan folder anda dengan akaun lain, anda perlu berkongsi setiap fail dan folder secara manual dari akaun Dropbox anda. 

Kemudian, pastikan semua fail yang telah dikongsi dengan anda ditambah ke Dropbox anda. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Fail.
  3. Klik Berkongsi untuk melihat senarai fail dan folder yang telah dikongsi dengan anda.
  4. Klik Tambah di sebelah setiap fail dan folder. Ia akan ditambah ke fail anda.
  5. Klik Fail Saya.
  6. Cari fail dan folder yang baru ditambah dan kongsinya dengan akaun utama anda.

Selepas anda berkongsi semua fail dan folder anda, anda boleh menghapuskannya daripada akaun asal atau menghapuskan keseluruhan akaun. 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan