Daftar masuk ke akaun peribadi dan kerja anda pada semua peranti

Jika anda pengguna Dropbox Business, atau ahli pasukan, anda boleh memiliki kedua-dua akaun peribadi dan kerja pada sebarang komputer atau peranti mudah alih. Ini membolehkan anda menyimpan barang peribadi dan kerja secara berasingan dan boleh diakses dari mana sahaja.

Anda akan melihat dua folder Dropbox berasingan di mana sahaja yang anda memilih untuk menyambung akaun: komputer, peranti mudah alih anda, atau di dropbox.com. Anda boleh klik setiap folder untuk menukar antara akaun, tanpa perlu mendaftar masuk dan keluar setiap kali.

Tunjukkan arahan untuk:

Android

Muat turun aplikasi mudah alih dan daftar masuk ke kedua-dua akaun Dropbox

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Muat turun dan pasang versi terkini apl Dropbox Android dari Google Play.
  3. Tekan Daftar masuk.
  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan untuk akaun kerja anda dan tekan Daftar masuk.
  5. Tekan Daftar masuk.
  6. Masukkan kata laluan untuk akaun peribadi anda dan tekan Daftar masuk.

Tambah akaun kedua pada apl mudah alih

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Pastikan bahawa apl Dropbox terkini.
  3. Buka aplikasi Dropbox dan tekan butang Menu .
  4. Tekan Tetapan.
  5. Tekan Daftar masuk di bawah Akaun Dropbox.
  6. Masukkan kata laluan untuk akaun itu.

iOS

Muat turun aplikasi mudah alih dan daftar masuk ke kedua-dua akaun Dropbox

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Muat turun dan pasang versi terkini apl Dropbox iOS dari App Store.
  3. Tekan Daftar masuk.
  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan untuk akaun kerja anda dan tekan Daftar masuk.
  5. Tekan Daftar masuk.
  6. Masukkan kata laluan untuk akaun peribadi anda dan tekan Daftar masuk.

Tambah akaun kedua pada apl mudah alih

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Pastikan bahawa apl Dropbox terkini.
  3. Tekan Akaun di bahagian bawah kanan skrin.
  4. Tekan Daftar masuk di sebelah akaun peribadi atau kerja anda.
  5. Masukkan kata laluan untuk akaun itu.

Linux

Kami tidak menyokong menjalankan kedua-dua akaun peribadi dan akaun kerja pada komputer Linux yang sama. Walau bagaimanapun, anda boleh mendaftar masuk ke satu akaun pada komputer anda dan mengakses akaun yang kedua dari dropbox.com.

Mac

Muat turun apl desktop dan daftar masuk ke kedua-dua akaun Dropbox

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Muat turun dan pasang versi terkini apl Dropbox.
  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan untuk akaun peribadi atau kerja anda (turutan tidak penting).
  4. Klik Sekarang tambah akaun peribadi anda atau Sekarang tambah akaun kerja anda, bergantung kepada akaun mana anda telah mendaftar masuk.
  5. Masukkan kata laluan untuk akaun ini.

Tambah akaun Dropbox yang kedua ke apl desktop

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Jika aplikasi anda belum dikemas kini, muat turun dan pasang versi terbaru aplikasi desktop.
  3. Klik ikon Dropbox dalam bar menu anda.
  4. Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda dan pilih Keutamaan… dari menu.
  5. Pilih tab Akaun.
  6. Jika anda sudah pun mendaftar masuk ke akaun kerja anda, pilih tab Peribadi. Atau, jika anda sudah pun mendaftar masuk ke akaun peribadi anda, pilih tab dengan nama organisasi anda.
  7. Klik butang Pautkan .
  8. Masukkan kata laluan untuk akaun kedua anda.

Windows

Muat turun apl desktop dan daftar masuk ke kedua-dua akaun Dropbox

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Muat turun dan pasang versi terkini apl Dropbox.
  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan untuk akaun peribadi atau kerja anda (turutan tidak penting).
  4. Klik Sekarang tambah akaun peribadi anda atau Sekarang tambah akaun kerja anda, bergantung kepada akaun mana anda telah mendaftar masuk.
  5. Masukkan kata laluan untuk akaun ini.

Tambah akaun Dropbox yang kedua ke apl desktop

  1. Hubungkan akaun peribadi dan akaun kerja anda .
  2. Jika aplikasi anda belum dikemas kini, muat turun dan pasang versi terbaru aplikasi desktop.
  3. Klik ikon Dropbox dalam dulang sistem anda.
  4. Klik avatar (gambar profil atau huruf nama) anda dan pilih Keutamaan… dari menu.
  5. Pilih tab Akaun.
  6. Jika anda sudah pun mendaftar masuk ke akaun kerja anda, pilih tab Peribadi. jika anda sudah pun mendaftar masuk ke akaun peribadi anda, pilih tab dengan nama syarikat anda.
  7. Klik butang Pautkan .
  8. Masukkan kata laluan untuk akaun kedua anda.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan