Cara menggunakan kunci lesen untuk menuntut tawaran promosi Dropbox Plus

Anda hanya boleh menebus kunci lesen promosi Dropbox jika anda sedang dalam akaun Dropbox Basic atau Plus (2 TB) tanpa sebarang penambahan. Klik di sini untuk melihat pelan semasa anda

Pasukan Dropbox Business boleh menambah pentadbir daripada pasukan lain untuk menguruskan pasukan mereka. Pentadbir baru ini akan menjadi "pentadbir multipasukan". Pentadbir baru, ataupun "pentadbir multipasukan", akan mempunyai semua keupayaan pentadbir daripada pasukan anda, kecuali:

  • Mereka tidak boleh mengakses halaman Pengebilan atau Bantuan dalam Konsol pentadbir
  • Mereka tidak boleh mendaftar masuk ke akaun ahli pasukan

Ingin berikan keizinan pentadbir kepada seseorang dalam pasukan anda pula? Ketahui caranya.

Cara menambah (atau membuang) pentadbir daripada pasukan lain

Jika anda seorang pentadbir pasukan, anda boleh menghantar permintaan pentadbir kepada seseorang dalam pasukan lain. Untuk berbuat demikian:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir di lajur sebelah kiri.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pasukan bertauliah.
  5. Klik Tambah pasukan.
  6. Di bawah Tambah pentadbir pasukan daripada pasukan bertauliah, masukkan alamat e-mel pentadbir yang ingin ditambah.
  7. Klik Benarkan pasukan bertauliah untuk mengakses konsol pentadbir saya.
  8. Klik Teruskan.
  9. Persetujui terma dengan menanda rait kotak.
  10. Klik Hantar permintaan.

Pentadbir lain tersebut akan menerima pemberitahuan dalam e-mel mereka, yang menghalakan mereka ke halaman Pasukan bertauliah di mana mereka boleh menerima permintaan ini.

Untuk membuang pentadbir daripada pasukan anda, pergi ke halaman Pasukan bertauliah dan klik Tarik balik akses di sebelah nama pasukan mereka.

Cara menambah (atau membuang) diri sendiri sebagai pentadbir untuk pasukan lain

Bagi tujuan keselamatan, anda tidak boleh menambah diri sendiri sebagai pentadbir untuk pasukan lain. Hubungi pentadbir pasukan lain itu dan minta mereka untuk mengikut langkah-langkah ini untuk menambah anda. 

Jika anda ingin membuang diri sendiri daripada menjadi pentadbir pasukan lain:

  1. Daftar masuk ke konsol pentadbir pasukan lain tersebut.
  2. Klik Tetapan.
  3. Klik Pasukan bertauliah.
  4. Di sebelah nama pasukan anda ingin membuang diri sendiri, klik Buang pasukan.

Dropbox berfungsi dengan pelbagai rakan niaga untuk menyediakan langganan Dropbox Plus. Jika anda membeli salah satu langganan ini, anda akan menerima satu kunci lesen. 

Jika anda dalam akaun Plus (2 TB), anda mesti membayar untuk langganan anda menggunakan kad kredit atau PayPal. Jika anda menggunakan pembayaran Apple/iOS, atau langganan Google Play, anda perlu menukar kaedah pembayaran anda.

Cara menebus kunci lesen promosi Dropbox

Jika anda sudah ada akaun Dropbox:

  1. Klik di sini untuk mendaftar masuk.
  2. Masukkan kunci lesen anda.
  3. Pilih negara anda.
  4. Klik Mula menggunakan Dropbox Plus.

Jika anda tiada akaun Dropbox:

  1. Klik di sini untuk mencipta akaun Dropbox.
  2. Masukkan kunci lesen anda.
  3. Pilih negara anda.
  4. Klik Mula menggunakan Dropbox Plus.

Tidak dapat menebus kunci lesen anda? 

Jika anda sedang menggunakan Apple Pay atau Google, anda perlu mengemas kini kaedah pembayaran anda untuk akaun kad kredit atau PayPal untuk menebus tawaran kunci lesen.

Kami turut mengesyorkan anda untuk mencuba beberapa langkah penyelesaian masalah ini:

  1. Masukkan semula kunci lesen anda untuk memastikan anda menaipnya dengan betul.
  2. Klik di sini untuk pergi ke halaman Pelan anda dan pastikan anda belum menebus kunci anda. 
    • Jika sebelum ini anda adalah pengguna Dropbox Basic, sekarang anda sepatutnya ada akaun Plus
    • Jika anda sudah menjadi pengguna Dropbox Plus, anda sepatutnya nampak kunci lesen yang dijadualkan
  3. Hubungi pembekal kunci lesen anda untuk mengesahkan kunci anda dan pastikan bahawa ia untuk negara yang dikaitkan dengan alamat pengebilan anda.

Jika anda sudah memastikan kunci lesen anda sepatutnya berfungsi dan anda masih tidak dapat menggunakannya, sila serahkan tiket sokongan:

  1. Pergi ke dropbox.com/support.
  2. Pilih Akaun.
  3. Pilih Dapatkan bantuan dengan isu lain dan tulis "License key issue" dalam penerangan isu yang sedang dihadapi.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan