Tambah lesen atau ruang kepada pasukan Dropbox Business anda

Jika anda sudah kehabisan lesen dan perlu menambah lebih ramai pengguna kepada pasukan anda, anda boleh menambah lebih banyak lesen dalam konsol pentadbir.

Cara menambah lesen kepada akaun Dropbox Business anda

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Pilih tab Bil.
  4. Klik Urus pelan.
  5. Klik Urus lesen.
  6. Tukar nombor lesen di dalam kotak yang muncul. Apabila anda menambah lesen, anda akan nampak harga lesen yang dipaparkan.
  7. Klik Tambah lesen. Untuk membuang lesen yang tidak diperlukan, klik Buang lesen.

Sebagai alternatif, anda boleh menambah lesen dari papan pemuka pentadbir anda. Di bawah Baki lesen, klik Tambah lesen.

Cara menambah lebih banyak ruang kepada akaun Dropbox Business anda

Dropbox Business melengkapkan anda dan pasukan anda dengan ruang yang anda perlukan. Jumlah ruang tepat yang tersedia bergantung pada pelan anda:

  • Pelan Standard: 5 TB ruang keseluruhan, dikongsi antara ahli pasukan anda
  • Pelan Advanced dan Enterprise: Jika anda menghampiri had storan anda, kami boleh membantu anda memenuhi keperluan anda. Pentadbir pasukan boleh menghubungi kami melalui konsol pentadbir untuk berbincang mengenai storan tambahan. Jika anda adalah ahli pasukan, minta pentadbir pasukan anda untuk menghubungi kami bagi pihak anda.

Ruang lwn. bilangan fail

Prestasi Dropbox boleh menurun jika anda mempunyai lebih daripada 300,000 fail. Ini adalah had lembut dan amat bergantung pada spesifikasi perkakas komputer yang menjalankan aplikasi Dropbox. Sesetengah pelanggan akan dapat menyimpan lebih banyak fail tanpa masalah. Sebagai peraturan keras, kami syorkan supaya anda tidak sekali-kali menyimpan lebih daripada 1 juta fail pada mana-mana satu komputer. Had ini berkenaan dengan bilangan fail, bukan saiznya.

Jika ini seperti menyebabkan masalah penyelarasan, anda boleh menggunakan Penyelarasan Terpilih untuk memilih hanya fail tertentu untuk menyelaras dengan komputer anda, tetapi masih memilikinya di laman web Dropbox dan pada komputer lain.

Anda juga boleh mengubah suai tetapan lebar jalur anda untuk membantu Dropbox menyelaras dengan lebih cepat.

Perhatian: Akaun Dropbox dengan bilangan fail yang besar boleh mengambil masa yang lama untuk menyelaras. Kelewatan dalam menyelaras atau penyelarasan berpanjangan tidak semestinya satu masalah.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan