Tukar akaun Dropbox Business kepada akaun Plus atau Professional

Anda boleh menukar akaun Dropbox Business anda kepada akaun Dropbox Plus atau Professional dan mengekalkan semua fail dan folder anda.

Pentadbir pasukan: Cara menukar kepada Plus atau Professional

Jika anda seorang pentadbir pasukan Dropbox Business dan anda ingin bertukar kepada akaun Plus atau Professional, anda mesti meninggalkan pasukan Dropbox Business anda dan kemudian menaik taraf kepada akaun Plus atau Professional. Untuk berbuat demikian:

  1. Pergi ke Konsol pentadbir.
  2. Klik Pengebilan.
  3. Klik batalkan pelan anda.
  4. Ikut prom.
    • Ini akan menukar pasukan anda menjadi pasukan percuma, dengan anda sebagai pentadbir, pada akhir langganan berbayar Dropbox Business semasa anda
    • Anda boleh menyemak bila langganan anda akan tamat dengan pergi ke Konsol pentadbir dan mengklik Pengebilan dan kemudian Pelan
    • Jika anda perlu segerakan perubahan ini, hubungi sokongan Dropbox dan minta mereka untuk menamatkan langganan semasa anda dan menukar pasukan anda kepada pasukan percuma
  5. Pergi ke dropbox.com/team dan klik Tinggalkan pasukan. Anda akan ditukar kepada akaun Dropbox Basic.
    • Jika anda satu-satunya pentadbir pasukan percuma, tindakan ini akan membubarkan pasukan sepenuhnya dan semua orang akan ditukar kepada akaun peribadi
    • Jika anda satu-satunya pentadbir, anda boleh menukar pasukan percuma kepada pentadbir lain terlebih dahulu untuk mengekalkan pasukan
    • Apabila anda meninggalkan pasukan percuma, anda kehilangan akses kepada folder pasukan
    • Anda boleh klik “” (elipsis) di sebelah mana-mana fail atau folder untuk memuat turun atau menyalinnya sebelum anda meninggalkan pasukan percuma
  6. Layari halaman naik taraf.
  7. Klik Naik taraf.
  8. Bayar menggunakan kaedah pembayaran yang diluluskan.

Ahli pasukan: Cara menukar kepada Plus atau Professional

Jika anda seorang ahli pasukan Dropbox Business dan anda ingin bertukar kepada akaun Dropbox Plus atau Professional, anda mesti bertukar kepada akaun Basic dan kemudian menaik taraf kepada akaun Plus atau Professional. Untuk berbuat demikian:

  1. Hubungi pentadbir pasukan anda dan minta mereka untuk menukar akaun anda kepada akaun individu
  2. Anda akan ditukar kepada akaun Basic. Apabila anda bertukar kepada akaun Basic:
    • Anda mengekalkan semua fail dan folder yang disimpan dalam akaun Business anda
    • Jika pertukaran akaun Basic menyebabkan anda melebihi kuota storan baru anda, fail-fail lama anda tidak akan terjejas, tetapi anda tidak boleh menambah atau menyelaraskan fail baru
    • Anda tidak lagi mempunyai akses kepada fail dan folder pasukan
  3. Layari halaman naik taraf.
  4. Klik Naik taraf.
  5. Bayar menggunakan kaedah pembayaran yang diluluskan.

Ahli pasukan percuma: Cara menukar kepada Plus atau Professional

Jika anda dalam pasukan percuma, dan anda ingin bertukar kepada akaun Plus atau Professional, anda mesti bertukar kepada akaun Basic dan kemudian menaik taraf kepada akaun Plus atau Professional. Untuk berbuat demikian:

  1. Pergi ke dropbox.com/team dan klik Tinggalkan pasukanuntuk bertukar kepada akaun Basic. 
  2. Anda akan ditukar kepada akaun Basic. Apabila anda bertukar kepada akaun Basic:
    • Anda mengekalkan semua fail dan folder yang disimpan dalam akaun Business anda
    • Jika anda melebihi kuota storan baru apabila anda bertukar kepada Basic, fail-fail lama anda tidak akan terjejas tetapi anda tidak boleh menambah atau menyelaraskan fail baru
    • Anda tidak lagi mempunyai akses kepada fail dan folder pasukan
  3. Layari halaman naik taraf.
  4. Klik Naik taraf.
  5. Bayar menggunakan kaedah pembayaran yang diluluskan.
Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan