Penambahan Tadbir Urus Data Dropbox

Dikemas kini Oct 10, 2023
Penambahan Tadbir Urus Data Dropbox membantu pentadbir dalam akaun pasukan Dropbox melindungi dan mengawal data pasukan supaya mereka bersedia untuk sebarang keperluan pematuhan dan audit.
highlight icon

Perhatian: Ciri dalam penambahan ini tidak tersedia untuk Dropbox Capture dan Dropbox Replay.

Ciri Penambahan Tadbir Urus Data

Pegangan undang-undang

Dengan pegangan undang-undang, pentadbir boleh meletakkan pegangan undang-undang pasukan mereka dan melihat serta mengeksport semua kandungan yang telah dicipta atau diubah suai oleh pasukan tersebut.

Ketahui lebih lanjut tentang pegangan undang-undang.

highlight icon

Perhatian: Pegangan undang-undang tidak tersedia untuk Hantar dan jejaki.

Pemegangan Data

Pentadbir boleh mencipta dasar pemegangan dan pelupusan data untuk membantu mereka memenuhi keperluan pematuhan dan pengawalseliaan.

Ketahui lagi tentang pemegangan data.
 

Sejarah versi lanjutan

Penambahan Tadbir Urus Data Dropbox meningkatkan sejarah versi fail kepada 10 tahun, jadi pasukan mempunyai lebih banyak masa untuk memulihkan fail.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah versi lanjutan.

highlight icon

Perhatian: Sejarah versi lanjutan tidak tersedia untuk templat dalam Tandatangan.

Cara mendapatkan Penambahan Tadbir Urus Data

Untuk membeli Penambahan Tadbir Urus Data, hubungi eksekutif jualan Dropbox anda atau isi Borang hubungan bahagian Jualan Dropbox.

Jika anda tidak mempunyai eksekutif jualan khusus, pasukan anda boleh membeli atau membuang Penambahan Tadbir Urus Data dalam konsol pentadbir. 
 

Untuk melakukan ini:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol pentadbir.
  3. Kllik Pengebilan.
  4. Di bawah Penambahan tersedia, klik Tambah atau Buang di sebelah Tadbir Urus Data.
  5. Klik Sahkan.

Apabila anda membeli penambahan, anda akan dicaj amaun prorata untuk tempoh bil semasa anda. Pada permulaan tempoh bil anda yang seterusnya, anda akan dicaj amaun penuh penambahan, di samping kos langganan anda.

Apabila anda membuang penambahan, pilihan anda akan berkuat kuasa pada pembaharuan yang seterusnya.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan