Pelan Dropbox Family: gambaran umum

Dikemas kini Sep 18, 2023
Pelan Dropbox Family mempunyai 2 TB ruang storan yang boleh dikongsi oleh hingga 6 orang ahli yang berumur 13 tahun ke atas di Amerika Syarikat dan 16 tahun ke atas di negara lain. Dengan Dropbox Family, anda dan keluarga anda boleh mengatur dan berkongsi kandungan seperti foto, video dan dokumen penting dengan selamat.

Dengan Dropbox Family, setiap ahli pelan mempunyai akaun Dropbox mereka sendiri. Mereka boleh menguruskan fail dan folder mereka sendiri dan menentukan apa untuk dikongsi dengan ahli keluarga lain. Satu orang, pengurus Family, akan menguruskan pengebilan dan keahlian untuk seluruh pelan Family. 

Dropbox menyimpan fail-fail anda dalam talian di awan. Setiap ahli pelan Family boleh mengakses dan berkongsi fail dan folder yang disimpan dalam akaun Dropbox mereka dari sebarang peranti, menggunakan aplikasi desktop, aplikasi mudah alih Dropbox, dan dropbox.com.

Ciri Dropbox Family

Dropbox Family memberi pelanggan akses kepada semua ciri sama yang tersedia dalam kedua-dua pelan Dropbox Basic dan Dropbox Plus, serta akses kepada "Folder Family" kongsian. Ciri-ciri ini akan membantu anda mengatur, berkongsi dan melindungi fail-fail penting keluarga anda, contohnya dokumen dan foto.
 

"Folder Family"
"Folder Family" ialah satu tempat untuk keluarga anda mengatur dan mengakses semua jenis fail, contohnya resit, dokumen cukai, foto dan kerja rumah. Apabila anda memuat naik atau mencipta fail dan folder dalam Folder Family, semua ahli pelan Family akan mempunyai akses secara automatik.
 

Fail dan folder dalam talian sahaja
Fail dan folder dalam talian sahaja membantu menjimatkan ruang pemacu keras pada komputer anda. Kandungan yang disimpan sebagai dalam talian sahaja boleh diakses apabila disambungkan ke Internet daripada dropbox.com, aplikasi desktop Dropbox dan aplikasi mudah alih Dropbox.
 

Dropbox Vault 
Dropbox Vault ialah satu ciri yang membolehkan anda mencipta satu lokasi dalam Dropbox dengan lapisan keselamatan tambahan untuk fail-fail anda yang paling sensitif. Anda boleh berkongsi vault anda dengan kenalan yang dipercayai dan, seperti folder Dropbox, anda boleh mengaksesnya dari mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox.  

Dropbox Passwords
Dropbox Passwords ialah aplikasi mudah alih dan sambungan pelayar yang menyimpan dan menyelaraskan kata laluan anda ke semua peranti. Anda boleh menggunakan Passwords untuk menyimpan nama pengguna dan kata laluan akaun anda, mencadangkan kata laluan baru, menyelaraskan butiran log masuk ke semua peranti anda, dan mengisi butiran secara automatik apabila anda log masuk ke laman web dan aplikasi mudah alih.
 

Dropbox Backup
Dropbox Backup membolehkan anda menyandarkan folder penting secara automatik daripada komputer dan pemacu keras luaran anda ke Dropbox. Dengan Dropbox Backup, anda juga boleh memulihkan fail dan folder daripada sandaran anda ke komputer baru.
Anda boleh mengakses fail dan folder anda yang telah disandarkan di sini.
 

Dropbox Paper
Dropbox Paper ialah ruangan kerja dokumen dalam talian di mana anda boleh menyunting dan memformatkan teks, serta mengatur dan memaparkan media dan fail-fail lain. Anda boleh menggunakan Paper untuk mencipta dan menyimpan dokumen anda sendiri dengan selamat, atau berkongsi dengan ahli keluarga anda dengan mudah. Anda boleh mencipta dan membuka dokumen Paper dari mana jua anda menggunakan Dropbox termasuk dropbox.com, aplikasi desktop Dropbox dan aplikasi mudah alih Dropbox dan Paper.
 

Muat naik kamera
Muat naik kamera membolehkan anda memuat naik foto daripada peranti mudah alih anda secara automatik ke akaun Dropbox anda sendiri. Setelah anda menghidupkan muat naik kamera, foto-foto anda akan disimpan dalam satu folder yang dinamakan "Muat Naik Kamera". Anda boleh mengakses folder ini dari mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox dan mengalih atau berkongsi foto anda seperti mana-mana fail lain dalam akaun Dropbox anda.
Perhatian: Foto yang dimuat naik ke akaun anda tidak akan dikongsi secara automatik dengan ahli pelan Family yang lain.
 

Carian teks penuh
Carian teks penuh membantu anda mencari fail menggunakan kata kunci dan jenis fail, di sebalik nama fail sahaja. Anda boleh mencari fail dan folder dalam akaun Dropbox anda sendiri serta kandungan yang telah dikongsi dengan anda oleh ahli keluarga lain. Anda boleh menggunakan carian teks penuh di mana sahaja anda menggunakan Dropbox.
 

Pemulihan fail
Sejarah versi fail membantu anda memulihkan sebarang suntingan atau penghapusan fail yang dibuat sejak 30 hari lepas. Sebagai satu alat tambahan, Dropbox Rewind, membolehkan anda membuat asal sebilangan besar perubahan atau mengembalikan seluruh akaun Dropbox anda kepada keadaan sebelumnya. Anda hanya boleh memulihkan dan Rewind fail dan folder daripada akaun individu anda di dropbox.com.
 

Penghapusan jarak jauh
Penghapusan jarak jauh membantu anda melindungi data anda jika peranti telah hilang atau dicuri. Dengan penghapusan jarak jauh, anda boleh menghapuskan seluruh folder Dropbox daripada peranti apabila peranti bersambung ke Internet. Anda hanya boleh menggunakan pilihan penghapusan jarak jauh dari dropbox.com.
 

Keselamatan
Dropbox telah direka bentuk dengan pelbagai lapisan perlindungan untuk melindungi fail-fail anda. Anda boleh mengambil langkah tambahan dengan menghidupkan pengesahan dua langkah (juga dikenali sebagai pengesahan dua faktor atau 2FA) untuk memastikan akaun anda selamat. Dengan verifikasi dua langkah, anda memerlukan kod keselamatan, di samping kata laluan anda untuk mendaftar masuk ke akaun anda atau memautkan peranti baru. Anda hanya boleh menghidupkan verifikasi dua langkah daripada dropbox.com dan memerlukan peranti mudah alih yang dapat menerima kod keselamatan melalui SMS atau aplikasi pengesah.

Menyediakan pelan Dropbox Family anda

Sebagai pengurus pelan Dropbox Family, anda boleh menjemput hingga 5 orang ahli lagi, yang berumur 13 tahun ke atas di Amerika Syarikat dan 16 tahun ke atas di negara lain, untuk menyertai pelan anda. Jika ahli yang dijemput tidak mempunyai akaun Dropbox mereka sendiri, mereka boleh menciptanya apabila mereka menerima jemputan anda. 

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Family.

Dari sana, anda boleh menjemput ahli baru melalui e-mel atau pautan, menyemak status jemputan, menghapuskan jemputan yang tidak dijawab, dan membuang ahli daripada pelan.

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.

Dari sana, anda boleh melihat berapa banyak ruang storan yang telah digunakan, dan bagaimana penggunaan dibahagikan antara fail individu dan fail kongsian.

Ketahui lebih lanjut mengenai menguruskan pelan Family anda.

Berkongsi fail dan folder dengan ahli keluarga

Pelan Family menyediakan sejumlah 2TB ruang storan yang ahli boleh gunakan untuk fail dan folder mereka sendiri. Setiap ahli keluarga boleh menambah fail dan folder ke akaun mereka sendiri dari komputer atau peranti mudah alih mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang menambah fail ke akaun Dropbox anda daripada desktop atau peranti mudah alih anda.

Ahli pelan juga boleh berkongsi fail dan folder antara satu sama lain dengan menggunakan ruang simpanan tambahan. Semasa berkongsi kandungan, anda boleh menentukan sama ada orang lain boleh menyunting atau hanya melihat fail yang anda kongsi. Dropbox boleh diakses dengan aplikasi desktopaplikasi mudah alih Dropbox dan di dropbox.com, supaya ahli keluarga anda boleh berkongsi kandungan tidak kira jenis peranti atau sistem pengendalian yang mereka gunakan. 

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Layangkan tetikus ke atas item yang ingin dikongsi.
  3. Klik ikon kongsi (segi empat tepat dengan anak panah ke atas).
  4. Selepas Kepada, taipkan e-mel atau nama orang (atau orang) yang anda ingin kongsikan.
  5. Pilih Boleh lihat atau Boleh sunting daripada menu juntai bawah.
  6. Klik Kongsi fail atau Kongsi folder. Kemudian penerima akan menerima satu e-mel dengan pautan ke kandungan yang dikongsi.

Soalan-soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan pelan Dropbox Family?

Jika anda sudah ada akaun Dropbox, anda boleh bertukar kepada pelan Family dalam tetapan akaun anda:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.
  5. Klik Tukar pelan dan ikut prom untuk bertukar kepada Family.

Jika anda sudah ada akaun Dropbox, anda boleh terus membeli pelan Family

Siapakah yang boleh saya jemput ke pelan Dropbox Family saya?

Sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke atas di Amerika Syarikat dan 16 tahun ke atas di tempat lain boleh dijemput ke Dropbox Family, hingga sejumlah 6 orang ahli. Jika mereka belum mempunyai akaun Dropbox, ahli yang dijemput boleh menciptanya apabila mereka menyertai pelan Family. 

Bolehkah ahli lain dalam pelan Family saya melihat fail yang saya simpan ke Dropbox?

Setiap ahli pelan Dropbox Family anda mempunyai akaun peribadi mereka sendiri. Fail-fail yang anda pilih untuk dikongsikan sahaja boleh dilihat atau disunting oleh orang lain. 

Perhatian: Jika anda mencipta atau mengalihkan fail atau folder di dalam folder kongsian atau "Folder Family", fail-fail itu akan dikongsi secara automatik dengan semua orang yang mempunyai akses kepada folder tersebut.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan sokongan daripada Dropbox?

Ahli pelan Family boleh mendapatkan bantuan daripadapusat bantuan Dropbox,Panduan Mula Cepat,komuniti dan melalui e-mel. Pengurus Family juga boleh meminta sokongan chat.

 

Baca selanjutnya Soalan Lazim pelan Dropbox Family

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan