Apakah Dropbox Professional?

Dropbox Professional merupakan pelan tercanggih antara tiga pelan untuk pengguna peribadi kami. Professional menawarkan semua ciri hebat Dropbox Basic dan Plus, termasuk perlindungan untuk peranti yang hilang atau dicuri.

Ia turut menawarkan beberapa ciri yang benar-benar berkuasa yang tidak tersedia dalam pelan peribadi lain, termasuklah:

Smart Sync

Smart Sync ialah satu ciri apl desktop Dropbox yang membolehkan anda menyediakan fail dalam talian sahaja supaya anda boleh menjimatkan ruang pemacu keras pada komputer anda. Anda boleh memilih fail untuk disediakan dalam talian sahaja atau benarkan Smart Sync automatik memilihkan untuk anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Smart Sync.

Sokongan keutamaan chat

Pelanggan Dropbox Professional mempunyai akses kepada sokongan keutamaan chat. Ini bermakna bahawa kami boleh kerap membalas pertanyaan dalam masa beberapa minit (semasa waktu perniagaan biasa).

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan sokongan yang disediakan dengan Dropbox Professional.

Sejarah versi fail

Dengan Dropbox Professional, kami akan menyimpan sejarah versi fail anda selama 180 hari. Ini bermakna anda boleh memulihkan fail pada bila-bila masa dalam masa 180 hari selepas perubahan tersebut.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah versi fail.

Kawalan pautan kongsian

Pelanggan Dropbox Professional mempunyai lebih kawalan ke atas apa yang mereka kongsi, dan bagaimana:

  • Kata laluan untuk pautan kongsian—Tambah satu lapisan keselamatan supaya hanya orang yang ada kata laluan fail yang unik boleh mengakses pautan anda.
  • Tarikh luput untuk pautan kongsian—Lindungi fail sensitif anda dengan menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian. Apabila tarikh luput ini berlalu, pautan kongsian akan berhenti berfungsi.
  • Keizinan lihat-sahaja—Pilih sama ada penerima boleh menyunting atau hanya melihat fail di dalam folder kongsian.

Sejarah pelihat

Dengan sejarah pelihat, pelanggan Professional boleh nampak jika seseorang yang mereka kongsikan fail sedang melihatnya, atau bila kali terakhir mereka melihat.

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah pelihat.

Carian teks penuh

Carian teks penuh membolehkan anda untuk mencari melebihi nama fail anda. Ia mengimbas nama fail, format dan kandungan fail serta dokumen Paper untuk membantu anda mencari apa yang diingini. Carian teks penuh tidak sensitif saiz huruf, dan ia mengandungi pembetulan ejaan peribadi dalam pertanyaan carian anda.

Ketahui lebih lanjut tentang carian teks penuh.

Tera air

Dropbox Professional membantu melindungi kerja anda dengan tera air dokumen. Lindungi idea anda dengan tera air digital sebelum berkongsi dengan klien anda.

Ketahui lebih lanjut tentang menambah tera air.

 

Cara membeli Dropbox Professional

Anda boleh beli Dropbox Professional dalam tiga cara:

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan