Pelan Dropbox Transfer: gambaran umum

Pelan Dropbox Transfer tersedia kepada audiens yang terhad buat masa ini.

Pelan Dropbox Transfer ialah langganan berbayar dengan 2 GB ruang storan yang menggabungkan pilihan premium Dropbox Transfer bersama ciri-ciri pelan Dropbox Basic.

Dengan pelan Transfer, anda boleh:

  • Buat penghantaran hingga saiz 100 GB
  • Tetapkan tarikh luput pada penghantaran, hingga setahun
  • Tetapkan kata laluan pada penghantaran
  • Ubah suai penghantaran dengan logo atau latar belakang
  • Pantau siapa yang telah melihat atau memuat turun penghantaran
  • Lihat semua penghantaran aktif, serta penghantaran yang telah luput sejak 180 hari lepas
  • Cipta penghantaran pada peranti iOS

Menggunakan Dropbox Transfer

Dropbox Transfer ialah satu cara yang mudah untuk menghantar fail yang tidak memerlukan kerjasama. Anda boleh mencipta penghantaran dari dropbox.com, aplikasi desktop Dropbox dan aplikasi mudah alih Dropbox untuk iOS. Apabila anda membuat penghantaran, penerima akan mendapat pautan dengan nama anda, nama penghantaran anda, senarai nama dan saiz fail serta tarikh luput penghantaran itu. Akaun Dropbox tidak diperlukan untuk orang lain menerima atau memuat turun penghantaran.

Ketahui lebih lanjut tentang menggunakan Dropbox Transfer.

Uruskan pengebilan pelan Transfer

Anda boleh menggunakan halaman pengebilan dalam tetapan akaun anda untuk mengemas kini kaedah pembayaran anda menggunakan kad kredit yang berbeza atau akaun PayPal, mengubah kekerapan pengebilan daripada bulanan atau tahunan serta melihat invois dan resit daripada sejarah pengebilan anda.

Untuk menguruskan pengebilan dan pembayaran:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pengebilan.

Batalkan pelan Dropbox Transfer

Anda boleh membatalkan langganan Dropbox Transfer anda pada bila-bila masa. Pembatalan akan berkuat kuasa pada penghujung kitaran bil semasa anda.

Apabila langganan berakhir:

  • Akaun anda akan diturun taraf kepada pelan Dropbox Basic percuma. 
  • Anda akan mengekalkan akses kepada semua fail dan folder anda, serta sebarang kandungan yang telah dikongsi dengan anda. 
  • Anda masih akan dapat memulihkan fail terhapus dan memulihkan versi fail lebih lama selama 30 hari.
  • Penghantaran sedia ada anda akan kekal sama, termasuk kata laluan dan tarikh luput.
  • Anda tidak lagi akan dimaklumkan apabila penghantaran anda dimuat turun.
  • Anda akan hilang keupayaan untuk melihat penghantaran yang luput.
  • Anda tidak akan dapat menyemak statistik paparan dan muat turun pada penghantaran anda.
  • Anda akan hilang keupayaan untuk mencipta penghantaran pada peranti iOS.
  • Logo dan latar belakang tersuai anda akan dibuang daripada penghantaran anda.
  • Penghantaran luput anda yang lebih lama dari 30 hari akan dihapuskan secara kekal.

Untuk membatalkan pelan Dropbox Transfer:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.
  5. Klik Batalkan pelan di bahagian bawah halaman.
  6. Pilih satu sebab pembatalan.
  7. Klik Teruskan pembatalan. Anda akan menerima pengesahan e-mel bahawa langganan anda telah dibatalkan. 

Soalan-soalan Lazim

Apakah perbezaan antara pelan Dropbox Transfer dan pelan Basic percuma? Pelan Dropbox Transfer ialah langganan berbayar yang disertakan dengan ruang storan dan ciri-ciri yang sama seperti pelan Basic percuma beserta pilihan penghantaran premium, seperti had saiz penghantaran yang lebih besar, penjenamaan dan tarikh luput tersuai, perlindungan kata laluan serta statistik dan sejarah penghantaran.
Ketahui lebih lanjut tentang pelan Dropbox individu.

Apakah perbezaan antara pelan Dropbox Transfer dan pelan Professional?
Fungsi penghantaran pelan Dropbox Transfer adalah sama seperti fungsi penghantaran dalam pelan Dropbox Professional. Pelan Professional menyediakan lebih banyak ruang storan berbanding pelan Transfer serta ciri-ciri seperti Smart Sync, sejarah versi yang lebih lama, perkongsian berjenama, penguncian fail dan keutamaan sokongan. 
Ketahui lebih lanjut tentang pelan-pelan Dropbox Business.

Bolehkah saya menambah Transfer kepada akaun sedia ada?
Pelan Dropbox Transfer tersedia sebagai naik taraf untuk pengguna Dropbox Basic tertentu buat masa ini. Jika anda layak untuk membeli pelan Transfer, anda akan melihat peluang untuk menaik taraf dalam aplikasi desktop Dropbox dan di dropbox.com.

Bagaimana saya boleh mendapat sokongan daripada Dropbox?
Pelanggan dalam pelan Dropbox Transfer boleh mendapatkan bantuan daripada pusat bantuan Dropbox, komuniti dan melalui e-mel.
Ketahui lebih lanjut tentang menghubungi sokongan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan