Menguruskan pelan Dropbox Family

Dikemas kini Oct 11, 2023

Dropbox Family ialah pelan dengan 2 TB ruang storan yang boleh dikongsi oleh hingga 6 orang ahli. Semua ahli pelan Family mestilah berumur 13 tahun ke atas di Amerika Syarikat dan 16 tahun ke atas di negara lain.

Orang yang membeli Dropbox Family ialah pengurus Family. Pengurus Family boleh mengakses keahlian dan maklumat pembayaran Family dari tetapan akaun Dropbox mereka.

Jemput ahli baru

Pengurus Family boleh menjemput ahli-ahli baru dan menyemak status jemputan.

Apabila ahli keluarga menyertai pelan ini, mereka akan mempunyai akses segera kepada ruang storan kongsian dan ciri-ciri Dropbox Family. Jika ahli pernah memiliki pelan Dropbox Plus atau Professional sebelum menyertai pelan Family, akaun individu mereka akan dibayar balik pada kos prorata daripada pelan asal mereka. 

Jika ahli keluarga belum ada akaun Dropbox mereka sendiri, mereka boleh mencipta akaun apabila mereka menerima jemputan untuk menyertai pelan Family. 

Untuk menjemput ahli baru:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan akaun pengurus Family anda.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Family.
  5. Klik Jemput Ahli.
  6. Masukkan alamat e-mel ahli keluarga yang ingin dijemput dan tambahkan nota, jika mahu.
    • Anda juga boleh menjemput ahli keluarga melalui pautan. Untuk berbuat demikian, klik Dapatkan pautan dan kongsi pautan tersebut melalui e-mel atau mesej lain. 
  7. Klik Hantar Jemputan.

Setelah ahli menerima jemputan anda dan menyertai pelan, nama dan alamat e-mel mereka akan muncul di bawah Keluarga anda dengan status mereka.

highlight icon

Perhatian: Anda boleh menyalin dan menghantar jemputan pautan pada bila-bila masa, tetapi anda tidak boleh menghantar semula jemputan e-mel. Cipta jemputan baharu atau hantarkan jemputan pautan.

Batalkan jemputan

Pengurus Family boleh membatalkan jemputan menunggu pada bila-bila masa:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan akaun pengurus Family anda.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Family.
  5. Klik “” (elipsis) di sebelah jemputan menunggu yang ingin dibatalkan.
  6. Klik Hapuskan Jemput.

Buang ahli

Pengurus Family boleh membuang ahli daripada Pelan Family mereka pada bila-bila masa:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan akaun pengurus Family anda.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Family.
  5. Tekan “” (elipsis) di sebelah nama ahli Family yang ingin dibuang daripada pelan.
  6. Klik Buang ahli.
highlight icon

Perhatian: Jika pengurus Family membuang ahli daripada pelan, ahli tersebut akan ditukarkan kepada akaun Dropbox Basic percuma mereka sendiri. Mereka akan mengekalkan semua fail dan folder dalam akaun individu mereka dan sebarang kandungan yang telah dikongsi dengan mereka, tetapi akan kehilangan akses kepada ciri dan ruang storan pelan Family. Pengurus Family boleh menentukan sama ada untuk membenarkan ahli menyimpan satu salinan Folder Family.

Kemaskini maklumat bil

Pengurus Family boleh menukar kaedah pembayaran atau tempoh bil mereka serta melihat invois dan resit dalam sejarah bil mereka.

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan akaun pengurus Family anda.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Kllik Pengebilan.

Semak ruang storan

Pengurus Family boleh melihat berapa banyak ruang storan yang telah digunakan, dan bagaimana penggunaan dibahagikan antara ahli.

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan akaun pengurus Family anda.
  2. Klik avatar anda (gambar profil anda atau huruf nama) di penjuru atas kanan.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Pelan.
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan