Adakah Dropbox selamat untuk digunakan?

Dikemas kini Sep 26, 2023

Di Dropbox, keselamatan data anda adalah keutamaan tertinggi kami. Kami mempunyai pasukan keselamatan berdedikasi yang menggunakan alat-alat dan amalan kejuruteraan terbaik yang boleh didapati untuk membina dan menyelenggara Dropbox, dan anda boleh yakini bahawa kami telah melaksanakan pelbagai tahap keselamatan untuk melindungi dan menyandar fail anda.

Anda juga boleh mengambil manfaat daripada verfikasi dua langkah, ciri pengesahan log masuk yang anda boleh hidupkan untuk menambah satu lagi lapisan keselamatan kepada akaun anda.

Pengguna Dropbox lain tidak akan dapat melihat fail anda dalam Dropbox melainkan jika anda berkongsi pautan kepada sesuatu fail atau folder kongsian. Seperti kebanyakan perkhidmatan dalam talian, kami mempunyai sebilangan kecil pekerja yang harus dibolehkan untuk mengakses data pengguna atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam dasar privasi kami (contohnya, apabila dikehendaki undang-undang untuk berbuat demikian). Tetapi ini adalah pengecualian yang jarang berlaku, bukan peraturan. Kami mempunyai dasar dan kawalan akses teknikal ketat yang menghalang pekerja mengakses data kecuali dalam keadaan yang jarang berlaku. Selain itu, kami mengambil beberapa langkah keselamatan fizikal dan logik untuk melindungi maklumat pengguna daripada akses tanpa tauliah.

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana keselamatan awan Dropbox memastikan anda selamat.

Ketahui lebih lanjut

  • Fail Dropbox ketika rehat disulitkan menggunakan Advanced Encryption Standard (AES) 256 bit
  • Dropbox menggunakan Secure Sockets Layer (SSL)/Transport Layer Security (TLS) untuk melindungi data dalam transit antara aplikasi Dropbox dan pelayan kami
  • SSL/TLS mencipta satu terowong selamat yang dilindungi oleh penyulitan Advanced Encryption Standard (AES) 128 bit atau lebih tinggi
  • Aplikasi dan infrastruktur Dropbox diuji dengan kerap jika terdapat kerentanan keselamatan dan dikukuhkan untuk meningkatkan keselamatan dan melindungi daripada ancaman
  • Verifikasi dua langkah disediakan sebagai lapisan keselamatan tambahan semasa log masuk
  • Jika anda menggunakan verifikasi dua langkah, anda boleh memilih untuk menerima kod keselamatan melalui SMS atau dari mana-mana aplikasi Kata Laluan Sekali Terikat Masa (TOTP), seperti yang disenaraikan di sini
  • Fail awam hanya boleh dilihat oleh orang yang mempunyai pautan ke fail

Dropbox direka dengan berbilang lapisan perlindungan, termasuk pemindahan data yang selamat, enkripsi, konfigurasi rangkaian dan kawalan tahap aplikasi dan pengguna yang tersebar di seluruh infrastruktur yang boleh diskala serta selamat.

Akses melalui apl pihak ketiga

Sesetengah aplikasi pihak ketiga yang diintegrasi dengan Dropbox akan meminta izin untuk mengakses Dropbox anda. Untuk memberikan akses, anda perlu log masuk ke akaun Dropbox anda dan menekan butang Tauliahkan apabila digesa. Anda boleh melawat bahagian Apl yang dipautkan di bawah tetapan akaun anda untuk menyemak apl yang anda berikan izin keatasnya dan untuk membatalkan akses mengikut budi bicara anda.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan