Pengemaskinian Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan Perjanjian Business Dropbox

Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara memperbaiki pengalaman Dropbox. Untuk menyokong penambahbaikan ini, kami telah membuat beberapa pengemaskinian terhadap Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan Perjanjian Business Dropbox, yang bertumpu kepada:

  • Ciri-ciri baru yang mengumpil teknologi seperti pembelajaran mesin untuk membantu anda mengatur dan mengutamakan kerja anda seperti carian imej dan cadangan kandungan;
  • Bagaimana Dropbox berkongsi data dengan syarikat-syarikat yang diambil alih (seperti HelloSign) dan rakan niaga ekosistem lain yang menawarkan integrasi kepada pengguna Dropbox.
  • Pengemaskinian terhadap terma beta kami; 
  • Menjamin bahawa penghantaran data dari United Kingdom ke AS masih akan dilindungi oleh pensijilan Privacy Shield kami sekiranya United Kingdom meninggalkan Kesatuan Eropah.

Ketahui lebih lanjut dengan membaca Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan Perjanjian Business kami yang dikemas kini, kiriman blog kami, serta Soalan Lazim Dasar Privasi kami.

Bilakah pengemaskinian ini akan berkuat kuasa?

Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi dan Perjanjian Business Dropbox yang dikemas kini akan berkuat kuasa pada 24 September 2019.

Adakah pengemaskinian ini akan menjejaskan cara saya menggunakan Dropbox?

Anda boleh terus menggunakan Dropbox dalam cara yang sama seperti sebelum ini untuk menyimpan dan berkongsi barang anda. Namun sekarang Dropbox yang baru juga menawarkan satu ruangan kerjasama mantap yang akan membantu pengguna mencari, mendapatkan dan mengatur fail mereka, bekerjasama dengan orang lain, dan kekal fokus pada kerja penting mereka. Semakan ini menjajarkan Terma dan Dasar Privasi kami dengan Dropbox yang baru — sebagai contoh, terma baru kami menggariskan bahawa Perkhidmatan kami menyediakan “ciri-ciri seperti menulis komen, berkongsi, mencari, pratonton mini imej, pratonton dokumen, pengecaman aksara optik (OCR), penyisihan dan pengaturan mudah, serta pemeribadian untuk membantu mengurangkan kerja remeh.”

Bagaimana pengemaskinian ini memberi kesan kepada cara data peribadi saya digunakan atau dikongsi?

Dropbox telah membangunkan ekosistem yang meluas untuk membantu membawa semua kerja anda ke dalam satu platform yang mudah untuk diakses. Untuk mencapai matlamat ini, kami telah membina integrasi dengan rakan niaga ekosistem, termasuk HelloSign yang diambil alih untuk membina keupayaan e-tandatangan kami. Kami telah menyemak Dasar Privasi kami untuk mencerminkan evolusi ekosistem kami dan menjelaskan bagaimana kami berkongsi data dengan rakan niaga ekosistem kami apabila anda menyambungkan akaun Dropbox anda dengan perkhidmatan mereka, serta bagaimana kami berkongsi data dengan Syarikat-syarikat Dropbox lain untuk membantu anda bekerjasama dengan orang lain dan terus melakukan kerja penting anda. Untuk maklumat lanjut tentang orang di sebalik Syarikat-syarikat Dropbox dan bagaimana Dropbox berkongsi data anda dengan mereka, sila layari Soalan Lazim Dasar Privasi kami. 

Bagaimana Dropbox menggunakan maklumat saya untuk tujuan pembelajaran mesin? 

Kami telah membina ciri-ciri tertentu yang mengumpil teknologi pembelajaran mesin untuk membantu pengguna mengutamakan, mengatur dan memberi konteks kepada kerja mereka, dan kami telah menyemak Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami untuk mencerminkan perkara ini. Sebagai contoh, kami telah membina ciri-ciri carian yang lebih mantap seperti OCR automatik dan carian imej untuk membantu anda mencari dengan tepat apa yang anda perlukan. Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana kami menggunakan teknologi pembelajaran mesin, layari Soalan Lazim Dasar Privasi kami.

Apakah perubahan terhadap terma-terma beta?

Terma-terma beta kami yang dikemas kini kami tidak menjejaskan keupayaan anda untuk mengakses ciri-ciri beta atau akses awal, tetapi ia memberi kesan kepada keupayaan anda untuk bercakap mengenainya. Jika anda mendaftar untuk menguji ciri beta atau akses awal, anda bersetuju untuk (1) mengekalkan kerahsiaan ciri; dan (2) membenarkan Dropbox untuk menghubungi anda bagi mendapatkan maklum balas mengenai pengalaman anda. Ini akan membolehkan kami untuk terus memperhalusi ciri bagi memastikan kami dapat melakukan perkara dengan betul dan membantu pengguna memanfaatkan Dropbox sepenuhnya.

Saya bimbang tentang Brexit. Adakah saya akan terus dapat menggunakan Dropbox jika UK meninggalkan Kesatuan Eropah? 

Ya, Dropbox telah mengambil langkah-langkah bagi memastikan penghantaran data dari UK ke AS akan terus dilindungi oleh pensijilan Privacy Shield kami sekiranya UK meninggalkan Kesatuan Eropah.

Bagaimana jika saya tidak bersetuju dengan terma-terma ini?

Dengan meneruskan penggunaan Perkhidmatan Dropbox, anda bersetuju dengan Terma dan Dasar Privasi kami yang dikemas kini. Sekiranya, selepas menyemak kemas kini ini, anda memutuskan bahawa anda tidak bersetuju dengan terma-terma ini, anda boleh membatalkan akaun anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan