Saya menghadapi masalah mendaftar masuk ke akaun Dropbox saya

Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk ke akaun anda, semak isu dalam artikel ini untuk mendapatkan bantuan.

Bahagian dalam artikel ini:

Saya terlupa kata laluan saya

Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh menetapnya semula

Ketahui lebih lanjut tentang menetapkan semula kata laluan anda.

Saya menerima e-mel keselamatan Dropbox

Jika kami mengesan cubaan daftar masuk yang mencurigakan dalam akaun anda, kami akan e-mel kepada anda kod keselamatan satu kali.

Ketahui apa yang perlu dilakukan jika anda menerima e-mel dengan kod keselamatan satu kali.

Jika anda masih tidak dapat mengakses akaun anda, hubungi Sokongan Dropbox.

Saya pengguna Dropbox Business dan saya tidak dapat mendaftar masuk

Jika anda seorang ahli untuk akaun Dropbox Business dan anda menghadapi masalah mendaftar masuk, ini adalah beberapa perkara yang perlu disemak:

1. Adakah pentadbir anda menghidupkan single sign-on (SSO)?

Single sign-on (SSO) membolehkan anda mengakses Dropbox dalam cara yang sama anda mengakses aplikasi lain semasa bekerja—dengan menggunakan halaman daftar masuk syarikat anda. Hubungi pentadbir anda untuk mengetahui sama ada ciri ini telah dihidupkan. Jika ya, masukkan alamat e-mel anda dan kosongkan medan kata laluan pada halaman daftar masuk Dropbox, dan ketahui lebih lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk mengakses Dropbox di web, pada komputer dan peranti mudah alih. Turut pastikan bahawa alamat e-mel untuk akaun Dropbox anda sepadan dengan e-mel yang anda gunakan untuk halaman daftar masuk syarikat anda.

2. Adakah anda terlupa kata laluan anda?

Jika ya, anda boleh menetapnya semula sendiri. Jika pentadbir anda telah menghidupkan single sign-on (SSO) dan anda terlupa kata laluan kerja anda, gunakan pautan "terlupa kata laluan" pada halaman daftar masuk syarikat anda atau hubungi pentadbir anda. Jika anda inginkan bantuan menetapkan semula kata laluan anda, pentadbir pasukan anda boleh mengikut langkah-langkah ini:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Ahli.
  4. Klik ikon gear di sebelah nama ahli pasukan.
  5. Pilih Tetapkan Semula Kata Laluan.

3. Adakah pentadbir anda menghidupkan kawalan kata laluan? 

Kawalan kata laluan membenarkan pentadbir Dropbox Business untuk menetapkan syarat kata laluan atau menetapkan kata laluan untuk pasukan anda. Jika pentadbir pasukan anda telah menetapkan syarat kata laluan yang baru, anda perlu menetapkan semula kata laluan anda apabila anda mendaftar masuk.

4. Adakah akaun anda telah digantung?

Jika anda seorang ahli pasukan Dropbox Business dan bukan pentadbir, pentadbir anda boleh menggantung akaun anda. Jika ini keadaannya, anda akan nampak mesej ralat apabila anda cuba mendaftar masuk atau mencipta akaun baru. Anda juga sepatutnya menerima e-mel yang memaklumkan anda. Jika anda perlukan akses kepada akaun, anda perlu menghubungi pentadbir anda.

Tidak boleh mendaftar masuk untuk melihat pentadbir anda? Cuba hubungi pusat bantuan jabatan IT, atau pasukan pengurusan syarikat anda untuk bantuan lanjut.

5. Adakah anda telah dibuang daripada akaun Business?

Jika anda telah meninggalkan syarikat atau organisasi anda, pentadbir anda mungkin telah melumpuhkan akses kepada akaun anda. Hubungi pentadbir anda untuk mengetahui tentang status akaun anda serta apakah polisi dan prosedur untuk pasukan anda.

Baru dengan Dropbox?

Tidak kira anda baru dengan Dropbox atau cuma mahu belajar balik, dapatkan yang terbaik daripada akaun Dropbox anda dengan memanfaatkan latihan panduan kendiri atau kelas latihan bimbingan pelatih

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan