Cara menghidupkan pemberitahuan Dropbox

Untuk sedia maklum tentang perubahan yang dibuat dalam akaun Dropbox, anda boleh menghidupkan pemberitahuan desktop. Jika anda menggunakan peranti iOS, anda juga boleh menghidupkan pemberitahuan push.

Hidupkan pemberitahuan desktop

Aplikasi desktop boleh memaparkan pemberitahuan pada komputer anda apabila perubahan dikesan dalam akaun Dropbox anda. Anda boleh pilih pemberitahuan yang akan diterima:

  1. Klik ikon Dropbox daripada bar menu (Mac) atau dulang sistem (Win/Linux) anda.
  2. Klik gambar profil atau huruf nama anda dan pilih Keutamaan… dari menu.
  3. Tandakan atau buang tanda kotak di bawah Maklumkan saya tentang untuk memilih pemberitahuan yang mana akan anda terima.

Bolehkan atau lumpuhkan pemberitahuan pada peranti iOS

Aplikasi Dropbox iOS menyediakan pemberitahuan push untuk jemputan folder kongsian anda, dan apabila pautan dikongsi dengan anda. Untuk menghidup atau melumpuhkan pemberitahuan ini:

  1. Buka Tetapan peranti anda.
  2. Pilih Pemberitahuan.
  3. Pilih Dropbox.

Mencari tindakan yang lain?

 

 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan