Cara menebus tawaran promosi ASUS + Dropbox

Dikemas kini Nov 08, 2023

Apakah promosi semasa Dropbox untuk peranti ASUS?

Jika anda telah membeli komputer ASUS baru-baru ini, anda mungkin layak mendapat:

  • Tambahan 500GB ruang storan Dropbox selama 6 bulan
  • Diskaun 25% untuk keahlian Dropbox Plus baru

Bagaimanakah cara untuk menebus promosi pada komputer ASUS saya?

Untuk mendapat 500GB ruang storan tambahan selama 6 bulan pada komputer ASUS anda:

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar tugas anda untuk memasang Dropbox pada komputer ASUS anda yang layak. 
  2. Daftar untuk akaun Dropbox dengan mengisi butiran pada halaman ini. Jika anda sudah ada akaun Dropbox, klik daftar masuk.
  3. Jika akaun anda layak, ruang promosi akan diberikan.

Untuk mendapat kod diskaun 25% untuk keahlian Dropbox Plus baru anda:

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar tugas anda untuk memasang Dropbox pada komputer ASUS anda yang layak. 
  2. Daftar untuk akaun Dropbox dengan mengisi butiran pada halaman ini. Jika anda sudah ada akaun Dropbox, klik daftar masuk.
  3. Apabila anda mengklik Beli pelan baru, anda akan menerima kod diskaun.
  4. Ikuti prom untuk menebus kod anda.

Perhatian:

  • Untuk menebus diskaun 25% untuk keahlian Plus baru, anda perlu memasukkan maklumat kad kredit anda. Pada akhir tempoh percubaan 6 bulan itu, kad kredit anda akan dibil secara automatik.
  • Anda hanya boleh mendapat diskaun 25% untuk keahlian Plus baru jika anda belum mempunyai pelan Dropbox berbayar.

Soalan-soalan lazim

Berapa lamakah tempoh sah promosi ini?

  • Tambahan 500GB ruang storan sah selama 6 bulan dari tarikh promosi ditebus.
    • Promosi ini tidak ditebus secara automatik setelah pembelian peranti ASUS anda.
  • Diskaun 25% untuk keahlian Dropbox Plus anda sah selama 1 tahun, atau selama 12 bulan berturut-turut jika anda mendaftar untuk pengebilan bulanan, yang dikira dari tarikh promosi ditebus. 

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox hanya boleh menebus jenis tawaran yang sama sekali sahaja.

Bolehkah saya pindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox lain?

Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.

Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pembeli asal peranti yang layak.

Mengapakah saya tidak layak untuk menebus promosi ini?

Terdapat beberapa sebab anda tidak layak untuk menebus promosi ini:

  • Anda hanya layak untuk menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja
    • Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi ASUS lebih daripada sekali, walaupun jika anda membeli beberapa peranti ASUS yang layak
  • Aplikasi Dropbox tidak dipramuat pada peranti anda
  • Anda membeli peranti terpakai atau yang dibaik pulih, dan pemilik sebelumnya telah menebus promosi yang dikaitkan dengan peranti itu
    • Setiap peranti boleh memperolehi ruang promosi sekali sahaja
  • Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan beberapa pengecualian negara dan peruncit

Terma promosi Dropbox untuk peranti ASUS

Untuk komputer ASUS yang mempunyai aplikasi Dropbox dipramuat, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang memenuhi kriteria yang ditentukan di atas. Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama enam bulan dari tarikh penebusan, 500 GB ruang storan tambahan sebagai tambahan kepada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna yang mempunyai akaun percuma. Promosi ini juga adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox untuk menerima diskaun 25% bagi pembelian pelan Dropbox Plus baru. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Promosi ini mungkin tidak tersedia kepada pengguna yang pernah menerima promosi Dropbox melalui pembelian peranti bukan ASUS sebelum ini. Apabila tempoh promosi tamat, ruang promosi yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox milik pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox tertakluk kepada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma Dropbox yang lain. Promosi tidak tersedia di China, Cuba, Iran, Korea Utara, Sudan, Syria, rantau Crimea, atau mana-mana negara lain yang dilarang oleh undang-undang.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan