Cara menebus promosi Chromebook HP dan Dropbox

Jika anda membeli Chromebook HP baru-baru ini, anda mungkin layak mendapat 100 GB ruang storan Dropbox tambahan selama 12 bulan selepas pembelian anda. Ruang promosi ini ialah tambahan kepada 2 GB ruang yang disertakan dengan pelan Dropbox Basic percuma.

Bahagian dalam artikel ini:

Peranti Chromebook manakah yang layak untuk promosi ini?

Peranti anda mungkin layak jika anda membeli Chromebook HP baru pada atau selepas April 2022 dengan Dropbox sedia terpasang pada peranti tersebut.

Bagaimana saya menebus ruang promosi?

Untuk menebus promosi ini pada Chromebook anda yang layak:

  1. Klik atau tekan ikon Dropbox dalam bar tugas anda untuk membuka Dropbox pada peranti Chromebook anda yang layak.
  2. Daftar untuk mendapatkan akaun Dropbox dengan mengisi butiran pada halaman ini. Jika anda sudah ada akaun Dropbox, klik daftar masuk.
    • Jika akaun anda layak, anda akan melihat prom untuk menebus promosi.
  3. Klik Tebus.

Selepas menebus, anda akan menerima pemberitahuan e-mel berserta butiran tentang storan anda yang telah ditambah.

Berapa lama ruang promosi ini akan sah?

100 GB ruang promosi pada Chromebook HP sah selama 12 bulan dari tarikh promosi ditebus.

Berapa banyakkah masa yang saya ada untuk menebus ruang promosi ini?

Promosi hendaklah ditebus dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian peranti anda.

Jika saya membeli beberapa peranti yang berkelayakan, bolehkah saya menebus tawaran yang sama beberapa kali?

Tidak. Setiap akaun Dropbox boleh menebus jenis promosi yang sama sekali sahaja. Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi 100 GB selama 12 bulan untuk Chromebook HP lebih daripada sekali.

Bolehkah saya pindahkan ruang promosi kepada akaun Dropbox lain?

Tidak, ruang promosi tidak boleh dipindahkan sebaik sahaja ia ditebus.

Bolehkah saya mendapat promosi pada peranti yang diubah suai atau terpakai?

Tidak. Ruang promosi hanya boleh didapati untuk pengguna asal peranti yang baru dan layak.

Mengapa saya tidak layak mendapat ruang promosi?

Terdapat pelbagai sebab anda mungkin tidak layak untuk menebus ruang promosi:

  • Anda sudah pun menebus promosi pada peranti Chromebook HP. Anda layak menebus jenis tawaran promosi yang sama sekali sahaja.
    • Contohnya, anda tidak boleh menebus promosi 100 GB selama 12 bulan untuk Chromebook HP lebih daripada sekali walaupun anda membeli beberapa peranti Chromebook HP yang layak.
  • Anda membeli peranti terpakai atau yang dibaik pulih, dan pemilik sebelumnya telah menebus tawaran promosi yang dikaitkan dengan peranti itu.
  • Peranti anda mungkin tidak layak untuk promosi disebabkan pengecualian sesetengah negara dan peruncit.

Bagaimana saya menyemak jika saya berjaya menebus promosi ini?

Anda akan menerima pemberitahuan e-mel apabila anda berjaya menebus ruang promosi anda. Ruang yang ditambah juga akan ditunjukkan di mana-mana anda dapat melihat jumlah ruang anda tersedia untuk akaun Dropbox anda.

Apa yang terjadi apabila ruang promosi saya luput?

Apabila ruang promosi anda luput, had ruang Dropbox anda akan kembali kepada ruang asal tanpa ruang promosi, secara automatik. Contohnya, jika anda mempunyai akaun Basic, had anda akan kembali kepada 2 GB berserta sebarang ruang yang telah anda peroleh melalui rujukan atau bonus-bonus yang lain.

Jika anda melebihi had anda selepas tarikh luput, anda tidak lagi akan dapat menyimpan foto, video dan dokumen baru ke Dropbox. Untuk mendapatkan lebih banyak ruang, anda boleh menaik taraf kepada Dropbox Plus.

Terma promosi 100 GB Dropbox untuk Chromebook HP (promosi semasa)

Untuk Chromebook HP yang dibeli pada atau selepas April 2022, promosi ini tersedia kepada pengguna pertama yang mendaftar atau mendaftar masuk ke Dropbox semasa pelancaran awal aplikasi pada peranti itu. Promosi perlu dituntut semasa pelancaran awal aplikasi dan boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap peranti. Promosi ini tidak boleh dituntut menggunakan peranti yang dibaik pulih, terpakai ataupun yang dipadam lalu dipulihkan serta tidak boleh digabungkan dengan mana-mana tawaran lain.

Promosi ini adalah untuk satu akaun pelan peribadi Dropbox menerima, selama 12 bulan dari tarikh penebusan, 100 GB ruang storan tambahan sebagai tambahan kepada ruang storan yang ditawarkan oleh Dropbox kepada pengguna yang mempunyai akaun percuma. Setiap pengguna hanya layak untuk satu promosi jenis ini bagi satu akaun. Apabila tempoh promosi 12 bulan tamat, ruang promosi 100 GB yang ditambah kepada perkhidmatan Dropbox pengguna akan dibuang secara automatik. Penggunaan Dropbox adalah tertakluk pada Terma Perkhidmatan, Dasar Privasi, dan terma-terma lain Dropbox. Promosi ini tidak tersedia di Belarus, China, Cuba, Iran, Korea Utara, Rusia, Sudan, Syria, atau wilayah Crimea, atau mana-mana negara lain yang Perkhidmatan Dropbox tidak tersedia, disekat oleh undang-undang, atau tertakluk pada cukai.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan