Menyelesaikan isu ruang cakera

Jika anda mendapat mesej ralat ”Pemacu pemula anda hampir penuh” (Mac) atau “Anda hampir kehabisan ruang” (Windows), maka komputer anda kekurangan ruang pemacu keras.

Jika anda mendapat mesej ralat “Dropbox anda telah penuh“, maka akaun Dropbox anda telah kehabisan ruang storan.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox boleh membantu anda menjimatkan ruang.

Anda ada beberapa pilihan jika anda telah kehabisan ruang:

Gunakan ciri-ciri Smart Sync atau penyelarasan terpilih

Smart Sync hanya tersedia kepada pelanggan Dropbox dalam pelan Dropbox Plus, Family, Professional, atau Business. Penyelarasan terpilih tersedia kepada semua pengguna Dropbox, termasuk pengguna pelan percuma Basic. Kedua-duanya merupakan ciri-ciri aplikasi desktop Dropbox yang membantu anda menjimatkan ruang pada komputer sambil menyimpan fail anda dalam Dropbox.

Ketahui cara Smart Sync berfungsi.

Ketahui cara penyelarasan terpilih berfungsi.

Hapuskan fail daripada pemacu keras anda

Jika anda menggunakan Mac, ini adalah arahan Apple untuk menghapuskan fail dan folder. 

Jika anda menggunakan PC, ini adalah arahan Windows untuk menghapuskan fail dan folder. 

Ingin menghapuskan fail daripada Dropbox? Ketahui caranya.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan