Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk langganan Dropbox saya?

Dalam kebanyakan situasi,  pembayaran untuk langganan Dropbox dan lesen ahli pasukan tidak akan dikembalikan.

Jika anda ada sebarang isu dengan akaun anda, atau rasakan terdapat ralat dalam pengebilan anda, sila semak pilihan sokongan anda untuk bantuan lanjut. 

Jika anda ingin membatalkan atau menurunkan taraf langganan anda:

Ketahui cara untuk membatalkan atau menurun taraf langganan Dropbox yang dibeli pada dropbox.com.

Ketahui cara untuk membatalkan langganan Dropbox yang dibeli melalui peranti mudah alih.

Cara meminta bayaran balik dari Apple App Store

Jika anda membeli langganan Dropbox menerusi gedung aplikasi Apple, anda perlu minta bayaran balik anda dari Apple secara langsung.

Untuk meminta bayaran balik, ikut arahan ini dari halaman sokongan Apple:

  1. Log masuk ke akaun App Store anda di sini dan laporkan masalah dengan pembelian. 
  2. Klik Laporkan Masalah di sebelah aplikasi Dropbox. 
  3. Pilih satu masalah, tulis penerangan, dan klik Serah. 
  4. Apple akan menghubungi anda dengan keputusan berkenaan permintaan bayaran balik anda.

Perhatian: Apple hanya menerima permintaan bayaran balik untuk pembelian yang dibuat dalam masa 90 hari.

Cara meminta bayaran balik debit langsung

Jika anda membayar untuk langganan Dropbox anda menggunakan pembayaran debit langsung, sila hubungi bank anda untuk bayaran balik kerana hanya bank anda yang boleh memproses permintaan pengembalian caj.

Apa akan berlaku bila saya menyerahkan permintaan pengembalian caj?

Sebarang pengembalian caj yang diminta daripada bank anda akan menurun taraf langganan Dropbox anda kepada pelan Dropbox Basic (percuma).

Jika anda mempunyai langganan pasukan Dropbox, permintaan bayaran balik akan menyebabkan pasukan anda diletakkan dalam keadaan terkunci, yang membolehkan pasukan meneruskan akses kepada fail pasukan, tetapi kebanyakan ciri penyelarasan dan perkongsian pasukan akan dibuang. Pentadbir pasukan perlu memilih untuk membubarkan pasukan ataupun melanggan semula. 

Tinggal di EU, UK atau Turki?

Jika anda tinggal di EU, UK, atau Turki, anda layak mendapat bayaran balik jika anda membatalkan langganan Dropbox Plus, Family, atau Professional dalam tempoh 14 hari selepas pembelian. Untuk meminta bayaran balik, hubungi sokongan untuk bantuan.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan