Cara bertukar kepada pengebilan terus Dropbox
- Batalkan langganan anda melalui Apple App Store atau Google Play.
- Tunggu sehingga langganan anda berakhir dan akaun Dropbox anda diturunkan taraf.
- Pergi ke halaman pelan Dropbox.
- Pilih pelan dan naik taraf terus melalui Dropbox.
Selepas menaik taraf di dropbox.com, Dropbox akan mengebil anda secara langsung untuk langganan anda.
Apa yang berlaku kepada fail anda apabila anda bertukar pengebilan?
Jika anda menukar pengebilan dan kekal dalam had simpanan pelan baharu anda, fail anda akan kekal dalam akaun Dropbox anda apabila langganan anda berakhir. Jika anda melebihi had tersebut, penyelarasan akan berhenti sehingga anda menaik taraf atau mengurangkan penggunaan simpanan anda.
Jika akaun anda kekal melebihi had simpanan, Dropbox akan menghantar beberapa pemberitahuan kepada anda sebelum ia boleh menghapuskan fail anda. Ketahui lagi tentang melebihi had ruang simpanan anda.
Perkara yang perlu dilakukan jika anda dicaj dua kali untuk langganan anda
Jika anda perasan terdapat berbilang caj untuk langganan Dropbox anda, semak sama ada caj tersebut dikaitkan dengan akaun Dropbox yang berbeza.
Jika anda percaya anda dikenakan caj lebih daripada sekali untuk langganan yang sama, hubungi Apple atau Google Play untuk menyiasat caj tersebut.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, hubungi Sokongan Dropbox dan berikan butiran caj.