Cara menambah Dropbox sebagai Tempat dalam Microsoft Office

Dikemas kini Nov 23, 2023

“Tempat“ di dalam Microsoft Office adalah lokasi di mana anda boleh mengakses secara terus daripada aplikasi Office anda, tanpa menggunakan Windows File Explorer. Tambah Dropbox sebagai Tempat untuk membuka, berkongsi, dan menyimpan fail menggunakan Dropbox dari dalam Microsoft Word, Excel, and PowerPoint. 

Selepas anda menambah Dropbox sebagai Tempat, anda boleh:

  • Simpan ke Dropbox terus daripada pilihan menu dalam apl Office
  • Buka dari Dropbox terus daripada pilihan menu dalam apl Office
  • Klik Kongsi dalam apl Office untuk berkongsi menggunakan Dropbox

Syarat-syarat

Untuk menambah Dropbox sebagai Tempat di dalam Office, anda harus:

  • Menggunakan komputer Windows
  • Menjalankan versi 20 aplikasi desktop Dropbox atau lebih baru
  • Menjalankan Microsoft Office

Tambah Dropbox sebagai Tempat

Untuk menambah Dropbox sebagai Tempat, buka keutamaan apl desktop Dropbox anda dan tanda rait kotak di sebelah Tunjukkan Dropbox sebagai lokasi simpanan dalam Microsoft Office. Untuk membuang Dropbox sebagai Tempat, buang tanda rait pada kotak.

highlight icon

Perhatian: Minta pentadbir anda untuk membolehkan ciri ini jika anda melihat mesej Pilihan ini telah dilumpuhkan oleh pentadbir pasukan anda.

Pasukan perniagaan Dropbox

Untuk membenarkan ahli pasukan anda menambah Dropbox sebagai tempat, bolehkannya di dalam Konsol Pentadbir:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan akaun pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Di bawah Tetapan Tambahan, klik Penambahan Microsoft Office .
  5. Togol Penambahan Microsoft Office kepada Hidup.

Selepas anda membolehkan Penambahan Microsoft Office, ahli pasukan boleh menambah Dropbox sebagai Tempat di dalam Office. Dropbox tidak ditambah secara automatik sebagai Tempat.

Adakah ciri ini berfungsi walaupun jika Dropbox tidak berjalan atau saya di luar talian?

Ya. Menambah Dropbox sebagai Tempat akan berintegrasi secara natif dengan Office. Dropbox sebagai Tempat boleh didapati walaupun jika Dropbox tidak berjalan atau anda di luar talian. Walau bagaimanapun, fail anda tidak akan menyelaras sehingga Dropbox berjalan dan anda berada di dalam talian.

Ada pertanyaan lain mengenai Microsoft Office untuk Dropbox?

Lihat  halaman Soalan Lazim untuk maklumat lanjut. 

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan