Cara menyertai pasukan Dropbox

Dikemas kini Feb 21, 2024
Artikel ini menerangkan cara menyertai pasukan Dropbox. Jika anda ingin memautkan akaun pasukan anda ke akaun Dropbox peribadi anda, ketahui cara memautkan dua akaun Dropbox atau bertukar antara akaun.
highlight icon

Perhatian: Anda hanya boleh menyertai satu pasukan Dropbox dengan satu akaun Dropbox. Jika anda ingin meninggalkan pasukan Dropbox, hubungi pentadbir dan minta mereka membuang anda daripada pasukan.

Cara menerima jemputan pasukan Dropbox

Pentadbir boleh menjemput anda ke pasukan Dropbox mereka melalui e-mel atau pautan jemputan pasukan. Ikut arahan di bawah untuk jenis jemputan yang diterima.

Sekiranya anda menerima jemputan e-mel

Untuk menerima jemputan yang diterima melalui e-mel:

  1. Buka jemputan e-mel yang anda terima dengan tajuk, "Anda dijemput untuk menyertai pasukan [nama pasukan Dropbox] di Dropbox".
  2. Klik Sertai pasukan untuk menyertai pasukan dengan akaun Dropbox yang dikaitkan dengan alamat e-mel anda, atau klik Cipta akaun jika anda belum mempunyai akaun Dropbox.
  3. Ikut prom untuk memindahkan akaun sedia ada anda ke akaun pasukan Dropbox atau mencipta akaun Dropbox baru.
highlight icon

Perhatian: Jika anda tidak mahu menyertai pasukan dengan akaun Dropbox peribadi anda yang sedia ada, minta pentadbir membatalkan dan menghantar semula jemputan ke alamat e-mel lain.

Sekiranya anda menerima pautan jemputan pasukan

Untuk menerima jemputan yang diterima melalui pautan jemputan:

  1. Klik pautan jemputan pasukan yang dihantar kepada anda.
  2. Log masuk dengan akaun Dropbox anda atau cipta akaun baru.
highlight icon

Perhatian: Untuk menyertai pasukan Dropbox dengan akaun Dropbox anda yang sedia ada, anda perlu mengikut prom untuk memindahkan akaun anda ke akaun pasukan Dropbox.

  1. Klik Terima Jemputan.

Tonton video ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara untuk bermula sebagai ahli pasukan Dropbox.

Apakah yang berlaku kepada langganan saya jika saya menyertai pasukan Dropbox dengan akaun Dropbox yang sedia ada?

Jika anda menaik taraf atau berpindah daripada Dropbox Plus atau Professional kepada Dropbox Standard, Advanced atau Enterprise, langganan Plus atau Professional anda akan berakhir dengan serta-merta. Sebarang baki kredit dalam langganan Plus atau Professional akan dipulangkan kepada kaedah pembayaran asal. Setiap pemilik akaun Dropbox individu boleh menjejaki maklumat ini pada halaman pembayaran akaun.

Jika bayaran balik automatik tidak diluluskan atas sebarang sebab (seperti kad kredit luput), kami akan memberitahu pemilik akaun melalui e-mel.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan