Cara menyambungkan Dropbox dengan Microsoft Azure AD

Dikemas kini Nov 27, 2023

Integrasi Dropbox dengan Microsoft Azure AD akan membantu anda menguruskan akaun pasukan Dropbox anda secara berpusat menerusi Microsoft Azure AD. Apabila anda menggunakan Dropbox dengan Microsoft Azure AD, anda boleh:

  • Mengkonfigurasikan single sign-on (SSO) untuk akaun pasukan Dropbox anda
  • Menguruskan peruntukan dan membuang peruntukan pengguna ahli pasukan Dropbox menerusi Azure AD

Syarat-syarat

  • Akaun pentadbir dalam pasukan Dropbox
  • Langganan Microsoft Azure
  • Akaun pengguna Azure AD dengan alamat e-mel yang sah

Terdapat beberapa langkah untuk menyediakan SSO dan peruntukan pengguna antara pasukan Dropbox dengan Microsoft Azure. Baca setiap bahagian artikel ini untuk menyediakan peruntukan dan SSO.

Jika anda tidak mahu menyediakan SSO, berhenti selepas Peruntukan pengguna untuk pasukan Dropbox Business anda.

highlight icon

Perhatian: Langkah-langkah dalam artikel ini menggunakan Portal Microsoft Azure semasa. 

Cara menambah Dropbox ke Microsoft Azure

Mula-mula sekali, tambahkan integrasi pasukan Dropbox ke Microsoft Azure:

  1. Log masuk ke Portal Microsoft Azure .
  2. Klik Azure Active Directory.
  3. Klik Aplikasi Perusahaan.
  4. Klik Aplikasi Baru.
  5. Pilih Dropbox untuk Perniagaan daripada kategori Semua.
  6. Klik Tambah.

Pada 18 Mac, aplikasi Dropbox untuk Perniagaan telah digantikan oleh versi terkini. Jika anda ingin mengemas kini kepada versi yang lebih baru, ikut arahan ini untuk memindahkan aplikasi Dropbox legasi.

Cara mencipta pengguna ujian anda

Langkah terbaik untuk menyediakan SSO dan peruntukan adalah dengan menggunakan pengguna ujian Microsoft Azure. Anda boleh pastikan segala-galanya berfungsi seperti yang diinginkan sebelum pengguna menyertai pasukan Dropbox anda.

Pengguna ujian anda mesti mempunyai alamat e-mel yang sah dengan peti masuk e-mel yang boleh diakses oleh anda.

Ikut langkah-langkah ini untuk menyediakan pengguna ujian anda:

  1. Dalam Portal Microsoft Azure, layari ke Mula Cepat.
  2. Klik Lantik pengguna untuk ujian (wajib)
  3. Klik Tambah pengguna dan pilih pengguna atau pengguna-pengguna untuk ujian.  
  4. Simpan pemilihan anda.  
  5. Pada halaman Mula Cepat, klik Cipta pengguna ujian anda dalam Dropbox untuk Perniagaan (wajib).  
  6. Pilih Mod Peruntukan: Automatik.
  7. Klik Benarkan.
  8. Anda akan dilencongkan ke dropbox.com. Klik Benarkan untuk membenarkan Microsoft Azure AD sebagai apl Pasukan Dropbox.
  9. Klik Uji Sambungan untuk mengesahkan bahawa Azure AD telah berjaya dibenarkan.

Cara memperuntukkan pengguna kepada akaun pasukan Dropbox anda

Pilih cara anda ingin memperuntukkan pengguna kepada pasukan Dropbox anda. Anda boleh sama ada:

  • peruntukkan pengguna secara automatik menerusi Microsoft Azure
  • Peruntukkan pengguna secara manual melalui konsol Pentadbir Dropbox
  1. Dari halaman Mula Cepat dalam Portal Microsoft Azure, pilih Cipta pengguna ujian anda dalam Dropbox untuk Perniagaan (wajib).
  2. Di bawah Status Peruntukan, pilih:
    • Hidup: Peruntukkan pengguna secara automatik daripada Microsoft Azure kepada akaun pasukan Dropbox anda
    • Mati: Peruntukkan pengguna secara manual melalui konsol Dropbox
  3. Tetapkan Skop
    • Selaraskan pengguna dan kumpulan yang dilantik sahaja (Disyorkan): anda menyerahkan Dropbox kepada pengguna yang tertentu. Pengguna yang anda serahkan Dropbox sahaja akan diperuntukkan kepada pasukan Dropbox anda.
    • Selaraskan semua pengguna dan kumpulan: semua pengguna dan kumpulan dalam pasukan Microsoft Azure anda akan diperuntukkan kepada pasukan Dropbox anda.
  4. Klik Save.

Jika Status Peruntukan ditetapkan kepada Hidup:

  • Mana-mana pengguna yang anda peruntukkan akan muncul pada halaman Ahli di konsol pentadbir Dropbox. Pengguna perlu menerima jemputan ke pasukan anda. Mereka akan muncul di bawah penapis Aktif ataupun Dijemput.
  • Di bawah senarai ahli, anda boleh nampak Ahli yang diuruskan oleh Azure AD Windows.

Jika Status Peruntukan ditetapkan kepada Mati:

  • Anda boleh menjemput pengguna ke pasukan anda menerusi konsol pentadbir Dropbox.

Cara menyelaraskan kumpulan dari Azure

Untuk menyelaraskan Kumpulan dalam Azure, anda mesti mempunyai langganan Azure AD Premium. 

Kumpulan sama yang anda ada dengan ADD boleh diselaraskan ke dalam Dropbox dengan versi terkini Azure Connector. 

Konfigurasikan single sign-on untuk akaun pasukan Dropbox anda

Untuk menggunakan Microsoft Azure sebagai pembekal single sign-on (SSO) untuk akaun pasukan Dropbox anda, konfigurasikan SSO dalam kedua-dua apl. 

Untuk menyambungkan Dropbox Business dan Microsoft Azure, anda memerlukan:

  • URL daftar masuk yang unik dari Dropbox
  • URL daftar masuk yang unik dari Microsoft Azure
  • URL daftar keluar yang unik dari Microsoft Azure
  • Sijil 509 dari Microsoft Azure

Ia paling mudah jika anda biarkan dropbox.com dan Portal Microsoft Azure terbuka dalam pelayar web anda.

Di dropbox.com, salinkan URL daftar masuk SSO:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Single sign-on.
  5. Di bawah URL daftar masuk SSO, pilih Salin pautan. Anda akan perlukan URL ini dalam Microsoft Azure.

Seterusnya, anda akan beralih kepada Portal Microsoft Azure dan pastikan bahawa tetapan anda betul untuk Dropbox Business:

  1. Log masuk ke Portal Microsoft Azure.
  2. Pilih apl pasukan Dropbox.
  3. Pada halaman Mula Cepat, klik Konfigurasikan daftar masuk tunggal (wajib).
  4. Tetapkan Mod kepada Daftar masuk berdasarkan SAML.
  5. Tampalkan URL yang disalin dari konsol pentadbir Dropbox Business ke dalam ruangan URL Daftar Masuk.
  6. Dalam ruangan Pengecam, masukkan Dropbox.
  7. Dalam medan URL Balasan, masukkan https://www.dropbox.com/saml_login8.
  8. Klik Sijil (Base64) untuk memuat turun dan menyimpan Sijil Tandatangan SAML.
  9. Klik Konfigurasikan Dropbox untuk Perniagaan untuk membuka panduan konfigurasi. Salin URL Perkhidmatan Daftar Masuk Tunggal Azure AD dan URL Daftar Keluar Azure AD. Simpan URL ini, anda akan perlukan URL ini untuk selesai mengkonfigurasikan integrasi ini.
  10. Klik Save.

Sekarang tetapan anda sudah betul dalam Portal Microsoft Azure, hidupkan SSO dalam Dropbox:

  1. Log masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan.
  4. Klik Single sign-on.
  5. Dalam kotak Single sign-on :
    • Tetapkan SSO kepada Tidak wajib semasa fasa ujian. Tidak wajib akan membenarkan pengguna untuk menggunakan sama ada SSO atau nama pengguna dan kata laluan mereka semasa mendaftar masuk.
    • Tetapkan SSO kepada Wajib selepas ujian selesai untuk menguatkuasakan SSO. Pentadbir sentiasa mempunyai pilihan untuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan semasa mendaftar masuk.
  6. Seterusnya untuk URL daftar masuk pembekal identiti, tampalkan URL Perkhidmatan Daftar Masuk Tunggal Azure AD yang diberikan oleh Microsoft Azure.
  7. Seterusnya untuk URL daftar keluar pembekal identiti (tidak wajib), tampalkan URL Daftar Keluar Azure AD yang diberikan oleh Microsoft Azure.
  8. Klik Pilih Sijil dan muat naik Sijil Tandatangan SAML yang dimuat turun dari Microsoft Azure. 
  9. Klik Simpan perubahan.

Uji single sign-on

Periksa bahawa SSO ditetapkan dengan betul dengan menguji sambungan antara Dropbox Business dan Microsoft Azure.

Log keluar daripada akaun pentadbir pasukan Dropbox anda dan cuba daftar masuk sebagai ahli pasukan ujian anda menggunakan SSO:

  1. Jika anda log masuk ke akaun pentadbir anda di dropbox.com,klik avatar anda dan pilih Daftar keluar.
  2. Log masuk ke dropbox.com menggunakan pengguna yang dilantik untuk ujian dalam Azure AD. 
  3. Klik Teruskan.
  4. Anda akan dilencongkan ke Portal Log Masuk Microsoft. Masukkan nama pengguna dan kata laluan Azure AD pengguna itu. 
  5. Anda akan dilencongkan kembali ke dropbox.com dan didaftar masuk ke dalam akaun pengguna tersebut.

Serahkan Dropbox Business kepada pengguna

Jika segala-galanya sudah disediakan dan ujian anda berjaya, anda boleh berikan pengguna anda akses kepada pasukan Dropbox.Serahkan Dropbox Business kepada setiap pengguna atau kumpulan yang perlu menggunakan Dropbox Business.

Jika anda menyerahkan Dropbox Business kepada pengguna, SSO dihidupkan, dan peruntukan adalah automatik, maka:

  • Pengguna yang ditugaskan akan menerima peruntukan dalam Dropbox dan mereka akan menerima jemputan ke pasukan Dropbox Business.
  • Selepas mereka menyertai pasukan, mereka boleh log masuk menggunakan SSO.

Untuk menyerahkan Dropbox Business kepada pengguna atau kumpulan, layari ke Portal Microsoft Azure:

  1. Log masuk ke Portal Microsoft Azure.
  2. Klik Gunakan daftar masuk tunggal kepada pengguna dan kumpulan (disyorkan)
  3. Anda akan dilencongkan ke Pengguna dan kumpulan di mana anda boleh menyerahkan akses Dropbox Business kepada pengguna, sama ada individu ataupun sebagai kumpulan. 

Pengguna yang tidak anda serahkan Dropbox Business kepadanya tidak akan diperuntukkan secara automatik dan tidak boleh menggunakan SSO.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan