Cara menghidupkan single sign-on untuk pentadbir Dropbox Business

Artikel ini membincangkan ciri yang hanya tersedia kepada pasukan Dropbox Business dalam pelan Advanced atau Enterprise .

Ketahui lebih lanjut tentang pelan-pelan baru Dropbox Business.

Jika anda pentadbir pasukan Dropbox Business dalam pelan Advanced atau Enterprise, anda boleh membenarkan ahli pasukan mengakses Dropbox dengan mendaftar masuk ke pembekal identiti pusat.

Jika anda pentadbir pasukan dalam pelan Advanced atau Enterprise, anda boleh menghidupkan single sign-on (SSO) supaya pasukan anda boleh mengakses Dropbox tanpa perlu mengingati kata laluan. 

Perhatian: Verifikasi dua langkah Dropbox akan dilumpuhkan semasa menggunakan single sign-on.

Cara menghidupkan single sign-on 

  1. Pergi ke laman pembekal identiti anda dan ikut arahan untuk mengkonfigurasi single sign-on. 
  2. Muat turun satu salinan sijil X.509 dan catatkan URL daftar masuk untuk digunakan dalam langkah 8.
  3. Daftar masuk ke Dropbox menggunakan akaun pentadbir anda.
  4. Klik Konsol Pentadbir dalam bar sisi.
  5. Klik Tetapan dalam bar sisi.
  6. Di bawah Tetapan pentauliahan, klik Single sign-on.
  7. Pilih sama ada untuk menjadikan single sign-on tidak wajib atau wajib.
  8. Klik Tambah URL daftar masuk dan masukkan URL yang anda dapat daripada pembekal identiti anda sebentar tadi. 
  9. Tidak wajib: anda boleh klik Tambah URL daftar keluar untuk menambah URL daftar keluar.
  10. Klik Muat naik sijil untuk memuat naik fail .pem sijil X.509 yang anda muat turun sebentar tadi.
  11. Klik Guna perubahan.
  12. Jika anda memilih untuk mewajibkan single sign-on, Dropbox akan memaklumkan ahli pasukan melalui e-mel. 
  13. Jika anda menjadikan single sign-on tidak wajib, anda akan perlu memaklumkan pasukan anda dengan sendiri.

Ini arahan untuk seluruh pasukan anda setelah anda menghidupkan single sign-on

Apa yang berlaku seterusnya? 

Semua peranti yang dipautkan ke akaun Dropbox akan terus berfungsi seperti biasa. Pentadbir tidak akan dapat menetapkan semula kata laluan melalui Dropbox memandangkan kata laluan kini dikawal oleh pembekal identiti anda.

Jika anda memilih untuk menjadikan SSO tidak wajib, pasukan anda boleh mendaftar masuk ke Dropbox menggunakan SSO atau kata laluan Dropbox mereka.

Jika anda memilih untuk mewajibkan SSO, pasukan anda mesti mendaftar masuk ke Dropbox melalui SSO—kata laluan Dropbox mereka tidak akan berfungsi. 

Pasukan anda juga mendaftar masuk terus ke akaun Dropbox mereka dengan mengklik URL Dropbox tersuai anda. Untuk mencari URL anda:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Konsol Pentadbir.
  3. Klik Tetapan
  4. Klik Single sign-on.
  5. Dalam bahagian URL daftar masuk SSO, klik Salin pautan

Nampak ralat penyataan SAML semasa anda log masuk?

Ketahui bagaimana untuk menyelesaikan mesej ralat ini: “Tidak dapat mengesahkan penyataan SAML.”

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan