Anda boleh melihat rakaman anda yang dibuat dengan Dropbox Capture melalui capture.dropbox.com dan aplikasi desktop Dropbox Capture dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac). Anda juga boleh menambah beberapa rakaman menjadi koleksi. Koleksi boleh dikongsi melalui pautan atau melalui akaun pasukan Dropbox.
Semasa melihat atau menyunting rakaman Capture dalam pelayar web anda, anda boleh mengklik Lampirkan pautan dalam bar sisi kanan untuk menambah sebarang pautan yang berkaitan kepada projek anda.
Komen boleh ditinggalkan pada tangkapan melalui capture.dropbox.com dengan menaip nota dalam kotak “Kongsi pendapat anda…” di bawah rakaman dan mengklik Kirim. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel apabila komen ditambah pada salah satu rakaman anda.
Anda boleh memilih bahagian tertentu video anda yang ingin dibuang atau memotong video mengikut durasi atau segmen yang diingini.
Untuk menyunting video yang dicipta dengan Dropbox Capture:
Setelah disimpan, video yang disunting akan menggantikan fail asal.
Tangkapan boleh dinamakan semula dengan mengklik ikon pensel di sebelah kanan nama fail.
Perhatian: Pelanggan dalam pelan Dropbox Basic, Plus dan Family boleh menyunting video berdurasi lima minit atau kurang. Pelanggan dalam Dropbox Professional, Standard, Advanced dan Enterprise boleh menyunting video dengan sebarang durasi
Selepas anda membuat rakaman dengan Dropbox Capture, pautan kepada rakaman tersebut akan disalin ke papan klip anda dan satu salinan akan disimpan ke folder "Tangkapan" dalam akaun Dropbox anda.
Untuk berkongsi rakaman daripada capture.dropbox.com:
Untuk berkongsi rakaman daripada aplikasi desktop Dropbox Capture:
Jika anda berkongsi pautan Dropbox Capture melalui Slack, pelihat boleh memilih antara menonton rakaman dalam Slack atau membuka dalam tab pelayar baru. Jika mereka ingin menonton rakaman Capture dalam Slack, mereka perlu mengikuti prom pengesahan untuk menyambungkan Slack dengan Dropbox Capture.
Untuk memutuskan sambungan Slack daripada Capture:
Perhatian: Ini akan memutuskan sambungan mana-mana sesi Capture semasa. Ini bermakna anda perlu log masuk semula ke Capture melalui pelayar atau aplikasi desktop anda.
Anda boleh melihat orang yang telah melihat video yang anda cipta dengan Dropbox Capture.
Untuk berbuat demikian:
Anda juga akan dimaklumkan melalui e-mel apabila seseorang melihat video yang anda cipta.
Perhatian: Anda boleh mematikan pemberitahuan e-mel dengan membuka Keutamaan dalam aplikasi desktop Dropbox Capture dan menetapkan togol Dapatkan pemberitahuan apabila seseorang melihat kepada mati.
Pasukan Saya ialah ruang kongsian untuk pasukan Dropbox. Anda boleh mencipta folder untuk ahli pasukan bekerjasama bagi menguruskan tangkapan, menambah komen, dan mendapat makluman secara automatik tentang sebarang perubahan.
Selepas anda mencipta koleksi pasukan, tambahkan saja tangkapan dan semua orang yang dikaitkan dengan koleksi itu akan dimaklumkan secara automatik.
Untuk mencipta koleksi baru
Untuk mencipta koleksi baru:
Untuk menghapuskan koleksi
Untuk menghapuskan koleksi:
Untuk membenarkan atau menyekat penggunaan Dropbox Capture bagi pasukan anda
Untuk membenarkan atau menyekat penggunaan Dropbox Capture bagi pasukan anda:
Untuk mendayakan/melumpuhkan kapsyen untuk video
Apabila anda memilih untuk mendayakan atau melumpuhkan kapsyen, ini akan melibatkan semua video Dropbox Capture. Untuk berbuat demikian:
Perhatian: Jika anda menggunakan akaun pasukan Dropbox dan anda tidak melihat tetapan Jana kapsyen tertutup, itu bermakna pentadbir anda telah melumpuhkan kapsyen.