Apa perlu dibuat jika “Dropbox keluar tanpa disangka”

Jika aplikasi desktop Dropbox pada komputer anda keluar tanpa disangka, ini barangkali disebabkan oleh kesukaran teknikal sementara. Semua fail anda masih selamat dan anda boleh terus membuka balik aplikasi. 

Jika aplikasi mudah alih Dropbox ranap, layari artikel ini. 

Penyelesaian masalah: Dropbox kerap ranap

Jika aplikasi desktop Dropbox terus keluar tanpa disangka, mulakan balik komputer anda dan cuba lagi.

Jika isu berterusan, kenal pasti masalahnya dengan mengikut panduan penyelesaian ini:

Adakah anda menggunakan versi terkini aplikasi desktop Dropbox?

Pasangkan semula aplikasi desktop Dropbox untuk memastikan anda sedang menggunakan versi terkini. 

Adakah anda menyelaraskan jumlah fail yang sangat banyak (beratus-ratus ribu) secara serentak?

Gunakan Penyelarasan Terpilih untuk menyelaraskan lebih sedikit fail ke komputer anda atau selaraskan dalam kelompok yang lebih kecil. (Ia akan masih tersedia dalam akaun Dropbox anda dalam talian).

Adakah anda menambah jumlah fail yang sangat banyak ke folder Dropbox anda secara serentak?

Tambah fail ke folder Dropbox anda dalam kelompok yang lebih kecil.

Adakah anda kehabisan ruang pada pemacu keras komputer anda? 

Hapuskan aplikasi dan fail daripada komputer anda untuk mengosongkan ruang storan.

Gunakan Smart Sync atau Penyelarasan Terpilih untuk mengehadkan bilangan fail yang diselaraskan ke komputer anda, sambil memastikan ia disimpan dalam akaun Dropbox anda dalam talian.

Adakah anda memasangkan aplikasi pada komputer anda baru-baru ini yang boleh menyebabkan percanggahan? 

Nyahpasangkan aplikasi yang disyaki untuk menentukan jika ia menyebabkan masalah ini, dan kemudian hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan