Bagaimana untuk menulis komen pada bahagian tertentu fail

Anda boleh menulis komen pada bahagian tertentu fail dengan menyerlahkan teks yang ingin dikomen ataupun mengklik dan menyeret di sekitar satu kawasan.

Perhatian: Lihat jadual dalam artikel ini untuk jenis fail yang membenarkan ciri ini.

Cara menulis komen pada bahagian teks:

  1. Di dropbox.com, klik fail yang ingin dikomen (ciri ini tidak akan berfungsi pada aplikasi telefon atau desktop Dropbox).
  2. Klik dan seret ke atas perkataan atau blok teks.
  3. Anda akan nampak ikon buih teks. Klik ikon ini untuk menunjukkan kotak komen.
Komen pada teks tertentu dengan mengklik butang ini.
Komen pada teks tertentu dengan mengklik butang ini.

Cara menulis komen pada bahagian tertentu dalam pratonton:

  1. Di dropbox.com, klik fail yang ingin dikomen (ciri ini tidak akan berfungsi pada aplikasi telefon atau desktop Dropbox). 
  2. Di dalam kotak teks di sebelah kanan, klik ikon Komen pada kawasan tertentu (petak dengan tanda tambah).
  3. Anda juga boleh menggerakkan kursor anda ke atas fail anda dan klik ikon Komen pada kawasan tertentu dalam menu yang muncul di bawah. 
  4. Klik dan seret di mana-mana pada fail.
  5. Taipkan komen anda di dalam kotak teks yang muncul. 
  6. Klik Kirim dan kemudian klik Selesai di bahagian bawah skrin.
  7. Daripada mana-mana komen, anda boleh klik Lihat dalam fail untuk melihat kawasan yang memakai komen itu.
Klik butang ini untuk menulis komen pada kawasan tertentu.
Klik butang ini untuk menulis komen pada kawasan tertentu.

Jenis-jenis fail yang disokong untuk menulis komen pada bahagian tertentu fail:

Jenis fail imej:

.bmp

.gif

.jpeg

.jpg

.psd

.png

.tif

.tiff

Jenis fail dokumen:

.ai

.eps

.doc

.docx

.pdf

.ppt

.pptx

.svg

Anda boleh menulis komen pada bahagian tertentu fail jika anda berada di dropbox.com dan mengerjakan jenis fail yang disokong. Untuk melakukannya:

  1. Buka fail yang anda mahu komen. Anda akan nampak mesej tetimbul yang berkata Pilih kawasan untuk menulis komen. 
  2. Seret untuk menyerlahkan kawasan yang diingini.
  3. Klik kotak teks yang berkata Tulis komen, taipkan komen anda, dan klik Kirim.

Belajar cara menulis komen dalam fail video atau audio

Belajar cara menyunting, menghapus atau menyembunyikan komen.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan