Cara menulis komen dalam fail Dropbox

Sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada fail Dropbox boleh meninggalkan komen dan melihat komen lain, melainkan komen dimatikan. 

Cara menulis komen dalam fail

Anda boleh menulis komen dalam fail daripada komputer, telefon atau tablet anda. Untuk melakukannya:

  1. Buka fail yang anda mahu komen.
  2. Untuk menulis komen pada seluruh halaman atau imej, klik atau tekan kotak teks yang berkata Tulis komen. 
    • Anda boleh taip komen anda, @sebut seseorang, atau tambah emoji
  3. Klik Kirim.

Belajar bagaimana untuk menulis fail pada bahagian fail tertentu. 

Cara menyunting atau menghapuskan komen

Anda hanya boleh menyunting atau menghapuskan komen yang anda kirim sendiri. Untuk menyunting atau menghapuskan komen:

  1. Klik komen yang diingini. 
  2. Klik Sunting atau Hapus.

Cara menyembunyikan tetingkap komen

Untuk menyembunyikan tetingkap komen:

  1. Buka fail yang diingini.
  2. Klik anak panah kelabu (Sembunyi) di penjuru atas kanan. 

Untuk menunjukkan tetingkap komen, klik anak panah kelabu sekali lagi. 

Bagaimana komen disusun dalam tetingkap komen? 

Komen disenaraikan mengikut susunan kronologi dari awal fail hingga akhir fail. Jika fail mempunyai beberapa halaman, komen akan menandakan halaman mana komen itu ditinggalkan.

Siapakah akan dimaklumkan apabila saya meninggalkan komen?

Orang berikut akan menerima e-mel dan pemberitahuan di dropbox.com dan pada peranti mereka yang bersambung: 

  • Pemilik fail
  • Sesiapa sahaja yang telah melanggan fail
  • Sesiapa sahaja yang telah menulis komen dalam rantai komen
  • Sesiapa sahaja yang di@sebut dalam rantai komen

Ketahui bagaimana untuk mengubah keutamaan pemberitahuan anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

    Cara lain untuk mendapatkan bantuan