Apakah keluaran Dropbox Paper 2020?

Keluaran Dropbox Paper 2020 ialah kemas kini produk yang membolehkan anda mengatur, mencari dan menyimpan semua dokumen Paper di dropbox.com bersama-sama fail dan folder anda yang lain dan bukannya secara berasingan di paper.dropbox.com. Selain perubahan kepada lokasi dokumen, anda akan mengekalkan semua dokumen Paper anda dan dokumen itu akan mempunyai kefungsian yang serupa dengan kefungsian sebelum ini.

Apakah yang berubah?

Utama Paper

  • Apabila anda pergi ke paper.dropbox.com atau memilih Paper daripada ikon grid , anda akan dilencongkan ke halaman Utama Dropbox
  • Anda boleh menggunakan halaman Utama Dropbox untuk mencari dokumen Paper terbaru, dokumen Paper yang dibintangkan dan mencari dokumen Paper sama seperti mencari mana-mana fail lain
Mencipta/Mengatur
  • Sebelum akaun dipindahkan ke keluaran baru, Dokumen Paper hanya boleh dicipta pada halaman Utama Paper dan diatur ke dalam folder yang dicipta di paper.dropbox.com
  • Apabila akaun menggunakan keluaran baru, semua dokumen Paper yang baru akan dicipta dalam Dropbox bersama-sama semua fail lain di dropbox.com
  • Dalam keluaran baru, dokumen Paper akan mempunyai jenis fail baru .paper untuk dokumen dan .papert untuk templat Paper
  • Fail dokumen Paper boleh dilihat dan dialihkan ke dalam folder daripada web Dropbox, aplikasi mudah alih dan dalam Finder atau File Explorer Windows anda
  • Dokumen Paper boleh dibintangkan atau ditanda buku untuk mudah dicari daripada halaman Utama Dropbox

Apl mudah alih

  • Anda boleh melihat, membuka dan berkongsi dokumen Paper anda sama ada daripada aplikasi Mudah Alih Dropbox atau Mudah Alih Paper
  • Untuk mengatur dokumen Paper anda ke dalam folder, gunakan aplikasi Mudah Alih Dropbox
  • Untuk menyunting dokumen Paper, gunakan aplikasi mudah alih Paper atau laman web mudah alih Paper seperti sebelum ini

Perkongsian

  • Perkongsian kini berfungsi dalam cara yang sama untuk dokumen Paper dan semua fail lain dalam Dropbox. Dasar perkongsian yang digunakan pada keseluruhan akaun Dropbox atau folder Dropbox tertentu akan digunakan pada dokumen Paper di dalam akaun atau folder tersebut.
  • Dokumen Paper baru yang dikongsi dengan anda boleh didapati pada halaman Dikongsi.
  • Dokumen Paper yang terbaru diakses boleh didapati pada halaman Terbaru.

Untuk maklumat lanjut tentang berkongsi fail Dropbox, lawati Cara berkongsi fail atau folder dalam Dropbox.

API Paper

  • Titik akhir fail Dropbox kini boleh berfungsi dengan dokumen Paper—satu set titik akhir boleh digunakan untuk mencari, berkongsi atau menghitung semua kandungan dalam folder Dropbox pengguna
  • Lihat di sini untuk maklumat lanjut tentang titik akhir API

Sejarah Versi

  • Dokumen Paper dalam sistem fail Dropbox akan menggunakan sejarah versi Dropbox dan menyokong Pengunduran, pengembalian dan pemulihan
  • Memilih Sejarah Versi untuk dokumen Paper individu akan berterusan menunjukkan perbezaan terperinci antara versi, dan memberikan keupayaan untuk memulihkan kembali kepada penyuntingan Paper tertentu
  • Tetapan penghapusan kekal kini akan digunakan pada dokumen Paper, seperti pada mana-mana fail lain

Tetapan Pentadbir

  • Dalam halaman Utama Paper, anda boleh mematikan Paper sepenuhnya dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengakses sebarang dokumen Paper. Dengan Paper dalam Dropbox, pentadbir boleh menghalang penciptaan dan penyuntingan, tetapi pengguna akan dapat melihat dokumen Paper yang dikongsi dengan mereka.
    • Pentadbir boleh mengubah tetapan ini untuk akses lalai Paper di bawah Konsol Pentadbir → Tetapan → Keizinan Aplikasi → Paper oleh Dropbox
  • Sebarang perubahan yang dibuat pada tetapan perkongsian Dropbox kini akan digunakan pada dokumen Paper

Jika anda pentadbir pasukan, layari Soalan Lazim keluaran Dropbox Paper 2020 untuk pentadbir pasukan.

Soalan-soalan Lazim

Bilakah saya akan mendapat keluaran Dropbox Paper 2020?

Keluaran baru Dropbox Paper akan dilancarkan secara beransur-ansur kepada semua pelanggan Dropbox sehingga semua orang berpindah. Cari e-mel daripada Dropbox yang memaklumkan anda masa anda akan menerima keluaran ini.

Adakah saya sudah menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020?

Sesetengah pelanggan Dropbox sudah menggunakan keluaran 2020 ini. Untuk mengetahui keluaran mana yang sedang digunakan:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Cipta.
  3. Layangkan tetikus ke atas Dokumen.

Jika anda boleh nampak Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan keluaran 2020 yang baru.

Jika anda tidak nampak Dropbox Paper dalam senarai jenis dokumen, maka anda sedang menggunakan keluaran yang lama.

Bolehkah saya mula menggunakan keluaran 2020 sekarang?

Dropbox akan menjemput pengguna untuk memilih masuk dengan sendiri sebelum keluaran ini. Nantikan berita tentang pilihan ini dalam e-mel anda dan dalam blog Dropbox.

Bolehkah saya terus menggunakan keluaran yang lama?

Tidak. Semua pengguna Dropbox akan menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020 tidak lama lagi.

Apabila migrasi bermula, berapa lamakah masa yang diambil?

Masa akan berbeza-beza bagi setiap migrasi, tetapi anda harus menjangkakan migrasi tersebut akan mengambil masa 30 minit hingga 1 jam untuk memindahkan seluruh pasukan.

Apakah pengalaman yang akan dilalui oleh pengguna semasa migrasi?

Pengguna masih akan mempunyai akses kepada dokumen Paper mereka, untuk melihat dan menyunting. Tindakan tertentu pada dokumen Paper tidak akan tersedia, seperti berkongsi dokumen dan membintangkan dokumen. Setelah migrasi selesai, pautan Dokumen Paper akan dimuat semula ke versi baru dokumen dalam Dropbox secara automatik.

Apa akan berlaku kepada dokumen Paper sedia ada saya apabila saya mula menggunakan keluaran 2020?

Apabila anda mula menggunakan keluaran 2020, dokumen Paper sedia ada anda akan dipindahkan dari paper.dropbox.com ke akaun anda di dropbox.com. Dokumen Paper yang anda miliki akan diletakkan di dalam folder yang bernama Dokumen Paper. Jika anda dalam pasukan Dropbox Business, dokumen Paper yang dimiliki oleh pasukan anda akan diletakkan di dalam folder yang bernama Dokumen Paper Pasukan. Kemudian, anda boleh mengalihnya ke mana-mana folder dalam akaun Dropbox anda.

Apakah yang akan berlaku kepada folder Paper saya?

Sama seperti dokumen Paper anda, semua folder Paper anda akan turut dialihkan ke dalam folder Dropbox anda. Contohnya, jika anda mempunyai folder Paper kongsian yang dinamakan "Usul projek", ia akan ditukar menjadi folder kongsian dalam Dropbox yang dipanggil "Usul projek" dalam folder Dokumen Paper anda.

Folder Pasukan Paper akan dipindahkan ke folder Pasukan terpusat dalam Dropbox yang dinamakan Dokumen Paper Pasukan dan akan dikongsi dengan kumpulan yang sesuai dalam Dropbox. Semua pentadbir akan mempunyai akses kepada folder ini.

Adakah keizinan perkongsian pada dokumen Paper saya akan tetap sama?

Selepas menerima keluaran 2020, semua keizinan perkongsian akan tetap sama pada semua dokumen dan folder Paper anda yang telah dialihkan, dan pautan kongsian akan tetap berfungsi seperti sebelum ini. Dalam apa jua keadaan, Dropbox tidak akan memberi sesiapa akses kepada dokumen keluaran 2020 jika pengguna tidak memiliki hak untuk melihat atau menyunting dokumen itu sebelum keluaran 2020.

Bagaimanapun, pemilikan sesetengah dokumen Paper boleh berubah. Dengan keluaran Dropbox Paper 2020, pemilikan dokumen Paper akan dipindahkan kepada pemilik kandungan folder, tetapi hanya jika pemilik itu mempunyai keizinan menyunting pada semua dokumen di dalam folder tersebut. Jika pemilik folder tidak memiliki keizinan menyunting pada semua dokumen di dalam folder itu, dokumen itu akan dipecahkan ke dalam beberapa folder dan pemiliknya akan tetap sama.

Setelah anda memiliki keluaran Paper 2020, dokumen anda boleh dikongsi dan dipulihkan sama seperti fail dan folder biasa dalam akaun Dropbox anda.

Adakah dokumen Paper akan menggunakan ruang dalam akaun Dropbox saya?

Dokumen Paper akan menggunakan sangat sedikit ruang dalam akaun Dropbox anda—kurang daripada 100 bait, iaitu 30 kali lebih kecil berbanding saiz fail dokumen biasa.

Bagaimana saya mencipta dokumen Paper baru dengan keluaran Paper 2020?

Untuk mencipta dokumen Paper di dropbox.com dengan keluaran Dropbox Paper 2020:

  1. Daftar masuk ke dropbox.com.
  2. Klik Cipta (dropbox.com).
  3. Layangkan tetikus ke atas Dokumen.
  4. Klik Dropbox Paper atau Templat Dropbox Paper.

Untuk maklumat lanjut tentang cara mencipta, lawati Cara mencipta dokumen Dropbox Paper.

Bolehkah dokumen keluaran 2020 disimpan dan disunting di luar talian?

Dengan Paper 2020, penyuntingan luar talian akan masih tersedia dalam aplikasi mudah alih Paper.

Dalam aplikasi desktop Dropbox, dokumen Paper akan disimpan sebagai fail berlandaskan web dan hanya boleh dibuka di dropbox.com. Ia hanya boleh disimpan pada komputer anda jika dieksport sebagai fail PDF, .docx atau .md terlebih dahulu.

Apa yang akan berubah dalam aplikasi mudah alih Paper dengan keluaran Paper 2020?

Dengan keluaran 2020, anda boleh terus menggunakan dokumen Paper anda dalam aplikasi mudah alih Paper sama seperti sebelum ini.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan