Terdapat dua cara untuk berkongsi dokumen Dropbox Paper dengan orang lain:
- Dengan menggunakan butang Jemput di bahagian atas dokumen
- Dengan menghantar pautan ke dokumen
Cara berkongsi dokumen Paper
- Buka dokumen Paper yang ingin dikongsi.
- Klik butang Jemput berwarna biru di bahagian atas dokumen.
- Taipkan alamat e-mel orang yang anda ingin berkongsi. Anda ada pilihan untuk memasukkan mesej.
- Klik Boleh sunting untuk memilih akses izin yang anda mahu berikan:
- Boleh komen membolehkan orang lain untuk meninggalkan komen pada kandungan anda
- Boleh sunting membolehkan orang lain untuk terus menambah, menyunting atau menghapuskan kandungan anda, dan juga menjemput orang lain ke dokumen
- Klik Hantar.
Cara berkongsi dengan menghantar pautan
Secara lalai, sesiapa sahaja yang ada pautan yang anda kongsi akan dapat menyunting fail anda.
- Buka dokumen Paper yang ingin dikongsi.
- Klik butang Salin pautan (ikon rantai) id bahagian atas dokumen.
- Tampalkan pautan ke dalam e-mel, mesej chat, atau teks.