Cara mengubah tetapan privasi untuk dokumen Paper atau folder

Jika anda mencipta dokumen sulit yang tidak diletakkan di dalam folder, anda satu-satunya orang yang akan dapat mencari dan menyuntingnya. Selepas anda mula berkongsi dokumen dengan orang lain, anda boleh pilih siapa yang boleh membuka dokumen anda dan sama ada mereka boleh menulis komen atau menyunting. Jika anda mencipta dokumen di dalam folder, semua ahli folder itu boleh membuka, mencari dan menyunting dokumen anda.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox memudahkan pengurusan keizinan fail.

Untuk mengubah keizinan perkongsian pada dokumen:

  1. Buka dokumen Paper yang ingin dikongsi. 
  2. Klik butang Jemput atau Kongsi berwarna biru.
  3. Klik Tetapan di bahagian bawah kanan.
  4. Klik pilihan perkongsian di bawah Siapa yang boleh membuka dokumen ini? dan Apa yang mereka boleh lakukan?.
  5. Klik Selesai.

Untuk mengubah keizinan perkongsian pada folder:

  1. Buka folder yang ingin dikongsi. 
  2. Klik butang Kongsi berwarna biru. 
  3. Klik Ubah.
  4. Klik pilihan perkongsian di bawah Siapa yang boleh mengakses folder ini?
  5. Klik Selesai

Perhatian:

  • Semua folder di dalam folder kongsian akan turut dikongsi secara automatik
  • Jika anda dalam Dropbox Business atau pasukan percuma, folder-folder Paper anda akan boleh dilihat oleh semua orang secara lalai

Cara membuang pengguna daripada dokumen

Untuk membuang seseorang daripada dokumen, anda mestilah pencipta dokumen ataupun memiliki akses menyunting. 

Untuk membuang pengguna daripada dokumen:

  1. Klik butang Jemput atau Kongsi berwarna biru.
  2. Klik Boleh sunting (atau Boleh lihat) di sebelah pengguna yang relevan.
  3. Klik Buang daripada menu pilihan yang muncul.

Perhatian: 

  • Anda tidak boleh membuang diri sendiri daripada dokumen, tetapi anda boleh berhenti mengikutnya
  • Jika anda dalam pasukan dan akses pautan dihidupkan, satu-satunya cara untuk membuang pengguna daripada dokumen adalah dengan menetapkan keizinan dokumen kepada Jemput-sahaja

Cara melihat dengan siapa folder Paper anda dikongsi

Untuk melihat folder Paper dikongsi dengan siapa:

  1. Buka folder.
  2. Klik Kongsi atau Kongsi folder (bergantung pada akaun anda).

Anda akan nampak senarai orang yang berkongsi folder itu dengan anda.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan