Apa akan berlaku kepada dokumen Paper saya jika saya menukar jenis akaun saya?

Untuk mengetahui apa yang berlaku kepada kandungan anda apabila anda menukar jenis akaun, cari senario di bawah yang berkenaan dengan anda.

Anda menyertai pasukan atau percubaan Dropbox Business

Jika anda ada akaun percuma sedia ada, anda boleh pilih untuk menggunakan alamat e-mel yang sama untuk menyertai pasukan Business. Semua dokumen anda akan dialih bersama anda ke pasukan Business anda.

Anda juga boleh pilih untuk mencipta akaun baru menggunakan alamat e-mel yang lain. Dalam keadaan itu, anda akan mencipta akaun baru yang kosong.

Anda menghapuskan pasukan atau membatalkan langganan Dropbox Business

Jika anda dalam pasukan dan menghapuskan pasukan atau membatalkan langganan anda:

  • Semua kandungan ”sulit” (dokumen yang anda cipta dan belum dikongsi dengan sesiapa) akan dialihkan dengan anda ke akaun peribadi anda
    • Jika anda tiada akaun peribadi, pentadbir anda mempunyai pilihan untuk menukar akaun anda menjadi akaun peribadi
  • Anda akan kehilangan akses kepada semua kandungan kongsian bagi mencegah data pasukan daripada meninggalkan pasukan
    • Ini termasuklah dokumen milik anda dan yang telah dikongsi dengan orang lain

Perhatian kepada pentadbir pasukan: Jika anda seorang pentadbir pasukan, semua kandungan milik anda akan dialihkan kembali bersama anda ke akaun peribadi anda, termasuk dokumen kongsian yang telah diakses sebelum ini atau melalui jemputan.

Anda menaik taraf daripada pasukan percuma kepada pasukan Dropbox Business

Jika anda menyertai atau menaik taraf kepada pasukan Dropbox Business berbayar daripada pasukan percuma:

  • Semua kandungan ”sulit” (dokumen yang anda cipta dan belum dikongsi dengan sesiapa) akan dialihkan dengan anda ke pasukan Business anda
  • Sebarang kandungan kongsian dan pasukan (ini termasuk sebarang dokumen milik anda dan yang telah dikongsi dengan orang lain) akan kekal dalam pasukan percuma

Ahli pasukan meninggalkan pasukan

Jika seseorang dibuang atau meninggalkan pasukan, sebarang kandungan ”sulit” (dokumen yang mereka cipta dan belum dikongsi dengan sesiapa) akan dialihkan kembali bersama mereka ke akaun peribadi mereka. 

Sebarang dokumen kongsian yang telah dicipta oleh ahli itu akan dialihkan ke akaun pentadbir pasukan yang membuang ahli tersebut. 

Tiada satu pun berkenaan dengan anda? 

Hubungi sokongan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan lain yang anda ada. 

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan