Pratonton fail dalam Dropbox

Dikemas kini Mar 26, 2024
person icon

Artikel ini menerangkan ciri yang tersedia kepada semua pengguna Dropbox.

Pratonton fail membolehkan anda melihat, menulis komen dan berkongsi fail tanpa memuat turun. Anda juga boleh menyunting PDF dan imej semasa pratontonnya. Ketahui lebih lanjut tentang menyunting PDF dalam Dropbox.

Untuk pratonton fail di dropbox.com atau pada apl mudah alih, klik nama fail. Di situ, anda boleh mempratonton fail anda, memuat turun, berkongsi dan melihat atau tag orang dalam komen.

Bergantung kepada jenis fail, anda juga mungkin boleh menyunting fail atau menambah tandatangan.

Semasa pratonton fail dalam folder, anda boleh menavigasi antara fail dengan menekan anak panah pada papan kekunci anda atau mengklik anak panah di bahagian atas skrin di dropbox.com, atau dengan meleret kiri atau kanan pada apl mudah alih Dropbox untuk iOS.

Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi fail dan folder dengan mudah.

 

Soalan Lazim tentang melihat pratonton fail dalam Dropbox

Bagaimanakah saya boleh melihat pratonton fail?

Anda boleh melihat pratonton fail sama ada dalam skrin penuh atau paparan pantas. 

Untuk melihat pratonton fail anda di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Navigasi ke Semua fail.
  3. Klik nama fail untuk membuka pratonton.

Jika anda menggunakan paparan pantas, apabila anda mengklik nama fail untuk melihat pratonton, anda akan melihat visual fail di sebelah kanan. Dari sini, anda boleh mengambil tindakan seperti membintangkan, berkongsi atau membuka fail. Tetapan ini akan kekal begitu melainkan anda menukar kembali kepada pratonton skrin penuh.

highlight icon

Perhatian:

  • Anda boleh menukar paparan anda dengan mengklik ikon pratonton (segi empat sama separuh kelabu) di bahagian atas sebelah kanan, di atas senarai fail. Kemudian, pilih Skrin penuh atau Paparan pantas.
  • Dengan paparan pantas, anda boleh melihat fail yang serupa berdasarkan kandungan fail yang sedang anda pratonton. Apabila anda mengklik Cari fail serupa di sudut kanan bawah, apa-apa fail yang serupa yang anda miliki akses kepada fail tersebut akan muncul di bawah pratonton fail. Ciri ini tersedia kepada pelanggan akaun berbayar Dropbox. Seperti yang ditunjukkan oleh ikon AI, fail serupa dikenal pasti oleh model AI dalaman.

Kenapa saya tidak dapat melihat pratonton fail saya? 

Jika anda nampak mesej ralat semasa anda cuba memaparkan pratonton fail, layari artikel ini.

Jika tidak, periksa jika jenis fail anda disokong.

Jika jenis fail anda tidak disokong atau tidak dipaparkan, anda boleh muat turun ke komputer anda dan buka dalam aplikasi pada komputer anda untuk melihat fail tersebut.

Kenapa saya cuma nampak halaman pertama fail saya? 

Jika anda sedang cuba melihat pratonton salah satu jenis fail yang berikut, anda cuma akan dapat melihat pratonton halaman pertama atau kerangka fail anda. Anda akan dapat melihat kesemua halaman jika anda memuat turun dan membuka fail itu. 

  • .numbers
  • .pages
  • .key
  • .kth

Mengapa tarikh dimuat naik pada fail saya lebih terkini berbanding tarikh diubah suai?

Dropbox akan memelihara tarikh fail anda diubah suai apabila anda memuatnaiknya menerusi aplikasi desktop Dropbox. Contohnya, ini boleh berlaku jika anda kali terakhir mengubah suai fail pada 3 bulan lepas tetapi memuat naik fail semalam. 

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan