Pengunduran Dropbox adalah satu alat yang membolehkan anda membuat asal sejumlah besar perubahan sekaligus. Ia sangat berguna apabila insiden kehilangan data yang besar berlaku, seperti jika virus menjangkiti akaun anda.
Ciri ini hanya tersedia kepada akaun Dropbox Plus, Family, Professional, dan Business. Ketahui bagaimana untuk menaik taraf akaun anda.
Adakah anda seorang pentadbir dalam pasukan Dropbox Business?
Ketahui bagaimana anda boleh menguruskan tetapan Rewind untuk seluruh pasukan anda.
Sekiranya anda tidak perlu membuat asal perubahan yang besar, terdapat langkah lain yang anda boleh ambil:
Dropbox Rewind menggunakan sejarah versi anda untuk membuat asal perubahan yang dibuat terhadap fail dan folder anda.
- Akaun Dropbox Plus dan Family boleh memulihkan sebarang suntingan atau penghapusan fail yang dibuat sejak 30 hari yang lalu
- Akaun Dropbox Business boleh memulihkan sebarang suntingan atau penghapusan fail yang dibuat sejak 180 hari yang lalu, melainkan anda mempunyai penambahan sejarah versi lanjutan (EVH) atau sejarah versi tanpa had (UVH)
- Akaun Dropbox Professional boleh memulihkan sebarang suntingan atau penghapusan fail yang dibuat dalam masa 180 hari yang lalu
Dropbox Rewind akan membuat asal:
- Suntingan, penamaan semula, penambahan, dan penghapusan fail
- Tindakan yang diambil dalam folder kongsian, termasuk yang dimiliki oleh orang lain
- Tindakan yang diambil di dalam folder pasukan Dropbox Business yang anda menjadi ahli dan mempunyai akses
Dropbox Rewind tidak akan membuat asal:
- Fail terhapus secara kekal
- Perubahan yang dibuat kepada dokumen Paper (melainkan anda menggunakan keluaran Dropbox Paper 2020)
- Perubahan kepada fail atau folder yang dimiliki oleh pasukan lain
- Sejarah fail (pengunduran hanya akan ditambah ke sejarah anda)
- Perubahan fail atau folder keahlian—sebagai contoh, jika anda dibuang daripada folder kongsian, pengunduran tidak akan menambah anda kembali ke folder tersebut
Selain itu, Dropbox Rewind tidak akan memulihkan sebarang perubahan yang dibuat lebih awal daripada sejarah versi akaun anda.
Dropbox Business: Jika anda dalam pasukan Dropbox Business dan anda mengikut arahan dalam langkah 3 untuk mengundurkan seluruh akaun Dropbox anda, ia hanya akan mengundurkan fail peribadi dan folder kongsian anda. Untuk mengundurkan folder pasukan, ikut arahan dalam langkah 3 untuk mengundurkan folder tertentu dan ulang untuk setiap folder pasukan.
- Klik Bermula. Anda akan nampak graf yang mengukur aktiviti folder anda mengikut hari.
- Klik pada graf untuk memilih hari.
- Kami syorkan supaya anda memilih hari sehari sebelum kejadian berlaku, yang selalunya akan kelihatan sebagai lonjakan pada graf.
- Klik Teruskan.
- Dari senarai Perhalusi, cari perubahan yang paling awal yang anda ingini untuk diundurkan dan klik garisan biru di bawahnya.
- Semua perubahan fail di atas garisan biru akan muncul dalam warna kelabu—ini bermakna ia akan dipulihkan selepas pengunduran
- Klik Teruskan.
- Klik Undur. Anda akan menerima e-mel sebaik sahaja Pengunduran selesai.
Dari folder Dropbox pada komputer anda
- Buka folder Dropbox pada komputer anda dalam Finder (Mac) atau File Explorer (Windows).
- Klik kanan folder yang ingin diundur.
- Klik Undur.
- Klik Bermula. Anda akan melihat graf yang mengukur aktiviti folder anda mengikut hari.
- Klik pada graf untuk memilih hari.
- Kami syorkan supaya anda memilih hari sehari sebelum kejadian berlaku, yang selalunya akan kelihatan sebagai lonjakan pada graf.
- Klik Teruskan.
- Dari senarai Perhalusi, cari perubahan yang paling awal yang anda ingini untuk diundurkan dan klik garisan biru di bawahnya.
- Semua perubahan fail di atas garisan biru akan muncul dalam warna kelabu—ini bermakna ia akan dipulihkan selepas pengunduran
- Klik Teruskan.
- Klik Undur. Anda akan menerima e-mel sebaik sahaja Pengunduran selesai.
Perhatian: Dropbox Rewind tidak tersedia dari aplikasi mudah alih Dropbox atau aplikasi desktop Dropbox.
Dropbox Rewind: tetapan pentadbir untuk pasukan Dropbox Business
Secara lalai, hanya pentadbir dalam pasukan Dropbox Business boleh menggunakan Dropbox Rewind. Bagaimanapun, pentadbir boleh mengubah tetapan ini untuk membenarkan ahli pasukan menggunakan Dropbox Rewind. Untuk berbuat demikian:
- Daftar masuk ke dropbox.com dengan kelayakan pentadbir anda.
- Klik Konsol Pentadbir.
- Klik Tetapan.
- Di bawah Kandungan, klik Rewind.
- Klik menu pilihan di sebelah Tetapkan siapa yang boleh mengundurkan folder, dan pilih Semua orang dalam pasukan anda atau Pentadbir pasukan sahaja.
- Jika anda memilih Semua orang dalam pasukan anda, ahli pasukan akan dapat mengundurkan folder peribadi mereka, folder kongsian dan juga folder pasukan.
- Jika anda memilih Pentadbir pasukan sahaja, ahli pasukan tidak akan dapat mengundurkan sebarang folder dalam akaun mereka.
Perhatian: Pentadbir tidak boleh mendaftar masuk sebagai ahli pasukan untuk mengundurkan akaun ahli pasukan mereka. Mereka hanya boleh membenarkan ahli pasukan untuk mengundurkan akaun mereka sendiri.
Apa yang patut saya lakukan selepas menggunakan Pengunduran Dropbox?
Selepas anda menggunakan Pengunduran Dropbox, kami syorkan anda supaya:
- Menyemak akaun anda di dropbox.com untuk memastikan perubahan yang betul telah dibuat
- Tunggu sehingga semua kandungan menyelaras ke peranti yang bersambung sebelum melakukan sebarang perubahan
Jika anda menyedari bahawa anda ingin mengundurkan ke masa lampau, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah untuk menggunakan Pengunduran Dropbox dan memilih masa lampau di dalam graf Aktiviti Fail atau senarai Perhalusi.
Bolehkah saya buat asal Pengunduran Dropbox?
Ya, anda boleh membuat asal Dropbox Rewind dengan mengundurkan akaun anda kepada waktu sebelum pengunduran pertama dilakukan.
Sebagai contoh, sekiranya hari ini pada pukul 4 PTG anda mengundurkan akaun anda kepada 3 hari yang lalu, anda akan menggunakan Dropbox Rewind untuk mengundurkan akaun anda kepada waktu sebelum hari ini pukul 4 PTG.
Sejauh mana Dropbox boleh diundur?
Dropbox Rewind hanya boleh membuat asal perubahan yang dibuat dengan sejarah versi akaun anda.