Mengapakah lambang Dropbox tidak dipaparkan?

Dikemas kini Oct 29, 2023

Lambang Dropbox menunjukkan anda maklumat tentang siapa yang sedang bekerja dalam fail Microsoft Office kongsian bersama anda.

Apakah yang perlu dilakukan jika lambang Dropbox tidak dipaparkan?

Jika anda tidak melihat lambang Dropbox, semak perkara yang berikut:

  • Fail yang sedang anda usahakan disimpan dalam folder Dropbox anda
  • Fail yang anda sedang kerjakan adalah dokumen Microsoft Office, dibuka dengan Microsoft Office
  • Komputer anda bersambung ke internet
  • Jika fail Office anda dibuka dalam Protected View (cth. fail dimuat turun daripada Internet atau lokasi lain yang mungkin tidak selamat), anda perlu membolehkan penyuntingan
  • Ikon Dropbox ditunjukkan dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda
  • Anda menggunakan akaun pasukan anda, bukan akaun peribadi yang dipautkan
  • Pastikan lambang Dropbox telah dibolehkan

Perkara yang perlu diperiksa jika anda menggunakan Windows:

  • Anda mesti menggunakan Windows 8 atau lebih baru
  • Anda menggunakan Microsoft Word, Excel atau PowerPoint (versi 2007, 2010, 2013 atau 2016) 
highlight icon

Perhatian: Jika anda menjalankan Dropbox dalam Mod keserasian, maka lambang tidak akan muncul. Anda perlu menjalankan Dropbox dalam versi Windows yang disokong (8 atau lebih baru) untuk melihat lambang.

Perkara yang perlu diperiksa jika anda menggunakan Mac:

  • Anda menjalankan OS X Mountain Lion 10.8 atau lebih baru.
  • Anda menggunakan Microsoft Word, Excel atau PowerPoint (versi 2011 atau 2016) 
  • Anda telah membolehkan Kebolehcapaian untuk Dropbox dalam keutamaan Finder anda
highlight icon

Perhatian: Untuk fail yang disimpan dalam Mod Keserasian Office (.xls, .ppt, .doc), lambang Dropbox tidak akan muncul apabila orang lain sedang melihat fail dan anda tidak akan diminta mengemas kini kepada versi fail yang terkini. Untuk memastikan lambang melapor dengan tepat, gunakan Simpan Sebagai untuk menyimpan fail dalam format fail bukan Mod Keserasian (.xlsx, .pptx, .docx).

Lambang Dropbox masih tidak dipaparkan?

Jika anda telah mencuba semua langkah ini dan masih tidak melihat lambang Dropbox, anda boleh menghubungi sokongan Dropbox untuk mendapatkan bantuan.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan