Apakah lambang Dropbox?

Dikemas kini Feb 13, 2024

 Lambang Dropbox akan muncul di sebelah kanan skrin anda apabila anda membuka mana-mana fail Microsoft Word, PowerPoint atau Excel yang disimpan dalam Dropbox anda.

Apabila anda melihat lambang Dropbox buat kali pertama, pemberitahuan alu-aluan akan dipaparkan. Untuk mengabaikan pemberitahuan ini, anda boleh sama ada klik pada lambang atau lengkapkan tutorial "Ketahui Lagi." Anda juga boleh mematikan lambang pada bila-bila masa.

Tonton video ini untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang lambang Dropbox.

Apakah yang boleh saya lakukan dengan lambang Dropbox?

Lambang ini memberikan anda akses mudah kepada beberapa ciri terbaik Dropbox:

Melihat orang yang melihat atau menyunting fail

Lambang akan menunjukkan gambar atau singkatan tandatangan pengguna Dropbox Business lain dalam pasukan anda apabila mereka melihat atau membuat suntingan pada fail yang telah anda buka. Dengan cara itu, anda boleh mengelak daripada mencipta versi fail berasingan.

Mengemas kini kepada versi terbaru fail

Jika seseorang menyimpan versi baru fail semasa anda mengerjakannya, lambang akan membantu anda mengemas kini kepada versi mereka dengan serta-merta.

Berkongsi fail yang sedang anda usahakan dengan serta-merta

Klik Kongsi pautan dan pautan ke fail akan disalin ke papan klip anda. Tampal pautan itu ke dalam e-mel, chat, atau di tempat lain untuk menghantar fail dengan selamat kepada sesiapa sahaja.

Mengurus tetapan folder kongsian

Untuk menguruskan tetapan folder kongsian menggunakan lambang Dropbox:

  1. Klik lambang Dropbox.
  2. Klik Tetapan Folder Kongsian...

Anda akan dibawa ke laman web Dropbox dan di situ anda boleh menguruskan keizinan pengguna secara individu.

Meminta maklum balas atau sumbangan pada fail

Klik Komen untuk menulis catatan pada fail dari laman web Dropbox.

Melihat sejarah versi untuk mencari kandungan yang telah anda ubah atau hapuskan

Klik Sejarah versi untuk buat asal perubahan dan memulihkan versi lebih lama fail.

Mengalihkan lambang

Anda boleh klik dan seret lambang ke mana-mana sahaja di sepanjang sempadan fail anda.

Berfungsi dengan lebih baik pada fail Microsoft Office

Lambang menyokong Microsoft Word, PowerPoint, dan Excel pada peranti Mac dan Windows buat masa ini. Untuk Windows, lambang menyokong fail Office 2007, 2010, 2013, dan 2016. Untuk Mac, lambang menyokong fail Office 2011 dan 2016.

highlight icon

Perhatian: Untuk fail yang disimpan dalam Mod Keserasian (xls, .ppt, .doc), lambang Dropbox tidak akan muncul apabila orang lain sedang melihat fail dan ia tidak akan meminta anda mengemas kini kepada versi fail yang terkini. Untuk memastikan lambang melapor dengan tepat, sila gunakan Save As untuk menyimpan fail dalam format fail bukan Mod Keserasian (.xlsx, .pptx, .docx).

Jika anda tidak melihat lambang Dropbox dalam fail Microsoft Office anda tetapi ingin berbuat demikian, ketahui cara untuk menyelesaikan masalah lambang.

Masa dan kefungsian sebenar ciri-ciri ini boleh berubah, dan Dropbox tidak memberikan jaminan ke atas prestasi ciri-ciri ini.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan