Cara mencipta dan membuat penghantaran

Dikemas kini Feb 06, 2024
Anda boleh mencipta dan membuat penghantaran melalui pautan kongsian atau e-mel dari mana-mana sahaja anda menggunakan Dropbox. Jika anda menggunakan Dropbox Professional, Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus atau Enterprise, anda juga boleh menyesuaikan penghantaran anda dengan tarikh luput, kata laluan, logo dan latar belakang. Selepas membuat penghantaran, anda boleh melihat dan mengurus penghantaran anda di dropbox.com.

Cara mencipta dan membuat penghantaran

Untuk mencipta dan membuat penghantaran di dropbox.com:

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. KlikTransfer daripada menu yang muncul.
    • Anda akan melihat senarai mana-mana penghantaran aktif atau tamat tempoh.
       
  4. Klik Cipta penghantaran di sebelah kanan.
  5. Anda boleh menambah fail pada penghantaran anda dengan cara yang berikut:
    • Seret dan lepaskan fail daripada komputer anda.
    • Klik Muat naik fail.
    • Klik menu pilihan di sebelah Muat naik fail.
      • Untuk memilih folder daripada komputer anda, pilih Muat naik folder.
      • Untuk memilih fail atau folder daripada akaun Dropbox anda, pilih Tambah daripada Dropbox.
         
  6. Klik ikon sunting (pensel) untuk memasukkan nama untuk penghantaran anda, jika mahu.
  7. Klik ikon gear untuk menetapkan tarikh luput atau kata laluan.
    • Bergantung kepada pelan anda, penghantaran akan ditetapkan untuk luput secara automatik selepas 7 atau 30 hari. Pelanggan Dropbox Professional, Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus dan Enterprise juga mempunyai pilihan untuk menambah kata laluan dan melanjutkan tarikh luput sehingga setahun. Untuk melakukannya, klik tetapan (ikon gear) di sudut bawah kiri. Dari sini, anda juga boleh memilih untuk dimaklumkan apabila seseorang memuat turun dokumen anda.
  8. Klik Cipta penghantaran.
  9. Klik Hantar e-mel atau Salin pautan.

Untuk mencipta dan membuat penghantaran daripada aplikasi desktop:

  1. Buka folder Dropbox dalam Fail Explorer (Windows) atau Finder (Mac).
  2. Klik kanan pada fail atau folder yang ingin ditambah kepada penghantaran.
  3. Klik Hantar salinan…
  4. Klik ikon sunting (pensel) untuk memasukkan nama untuk penghantaran anda, jika mahu.
  5. Klik ikon gear untuk menetapkan tarikh luput atau kata laluan.
    • Bergantung kepada pelan anda, penghantaran akan ditetapkan untuk luput secara automatik selepas 7 atau 30 hari. Pelanggan Dropbox Professional, Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus dan Enterprise juga mempunyai pilihan untuk menambah kata laluan dan melanjutkan tarikh luput sehingga setahun. 
  6. Klik Cipta penghantaran.
  7. Klik Pratonton penghantaran untuk melihat perkara yang akan diterima oleh penerima anda, jika anda mahu.
  8. Klik Salin pautan atau Hantar melalui e-mel untuk berkongsi pautan penghantaran anda.
highlight icon

Perhatian: Aplikasi desktop Dropbox mesti dipasang untuk membuat penghantaran dari komputer anda.

Untuk mencipta dan membuat penghantaran daripada peranti iOS anda:

  1. Buka aplikasi Dropbox pada iPhone/iPad anda.
  2. Tekan "+” (ikon tambah).
  3. Tekan Hantar salinan fail.
  4. Tekan Tambah daripada Dropbox dan pilih fail untuk ditambah pada penghantaran anda.
    • Perhatian: Anda tidak boleh menambah folder pada penghantaran pada iOS.
       
  5. Tekan Teruskan.
  6. Anda boleh memilih nama baharu untuk penghantaran anda, togol suis untuk mendapatkan pemberitahuan muat turun dan menetapkan tarikh luput.
    • Bergantung pada pelan anda, penghantaran akan ditetapkan untuk luput secara automatik selepas 7 atau 30 hari.
    • Pelanggan Dropbox Professional, Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus dan Enterprise juga mempunyai pilihan untuk menambah kata laluan dan melanjutkan tarikh luput sehingga setahun. 
  7. Tekan Teruskan.
  8. Tekan Kongsi pautan dan tampal pautan penghantaran di tempat yang anda ingin kongsikannya.

Untuk mencipta dan membuat penghantaran pada peranti Android anda:

  1. Buka apl Dropbox pada peranti Android anda.
  2. Tekan “+” (ikon tambah).
  3. Tekan Hantar salinan fail.
  4. Tekan Teruskan.
  5. Tandakan kotak di sebelah fail atau folder yang ingin dihantar.
  6. Tekan Hantar [x] fail.
  7. Tekan Teruskan.
  8. Anda boleh memilih nama baharu untuk penghantaran anda, togol suis untuk mendapatkan pemberitahuan muat turun dan menetapkan tarikh luput.
    • Bergantung kepada pelan anda, penghantaran akan ditetapkan untuk luput secara automatik selepas 7 atau 30 hari. Pelanggan Dropbox Professional, Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus dan Enterprise juga mempunyai pilihan untuk menambah kata laluan dan melanjutkan tarikh luput sehingga setahun.
  9. Jika anda menggunakan Dropbox Professional, Business, Advanced, Business Plus atau Enterprise, anda boleh menekan Tambah kata laluan untuk melindungi penghantaran anda dengan kata laluan.
  10. Tekan Teruskan.
  11. Tekan Salin pautan untuk kongsi dan tampal pautan penghantaran di tempat yang anda ingin kongsikannya.
  12. Tekan Mula Penghantaran baharu atau Selesai di sudut atas kanan.

Cara menyesuaikan penghantaran anda

Jika anda menggunakan Dropbox Professional, Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus atau Enterprise, anda boleh menukar latar belakang penghantaran atau menambah logo tersuai anda. Latar belakang dan logo yang anda pilih akan muncul pada semua penghantaran anda sehingga ditukar semula.
 

Dropbox Professional

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Click Hantar.
  4. Klik Sediakan Penjenamaan.
  5. Tambah nama jenama dan laman web anda:
    • Taip nama yang anda mahu klien lihat dalam medan Nama jenama.
    • Masukkan pautan ke laman web anda, jika anda mahu.
      • Perhatian: Mengklik pada logo akan mengubah hala pengguna ke laman web yang anda pautkan.
  6. Tambah pautan media sosial anda, jika anda mahu.
  7. Tambah logo dan latar belakang anda:
    • Klik Muat naik logo untuk memuat naik logo jenama anda.
    • Klik Pilih latar belakang untuk memilih warna latar belakang atau memuat naik imej latar belakang.
  8. Klik Simpan perubahan.

Dropbox Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus dan Enterprise

  1. Log masuk ke dropbox.com.
  2. Klik ikon grid pada penjuru atas kanan.
  3. Click Hantar.
  4. Klik Sediakan penjenamaan anda.
  5. Klik menu pilihan di sebelah Pilih latar belakang atau Pilih logo untuk menambah warna latar belakang, imej latar belakang atau logo.
    • Perhatian: Latar belakang dan logo mempunyai had saiz fail sebanyak 5MB. Logo akan diubah saiznya jika terlalu besar.
  6. Klik Save.
Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan