Apakah itu Dropbox Transfer?

Dikemas kini Nov 21, 2023
person icon

Dropbox Transfer tersedia untuk semua pengguna Dropbox.

Anda boleh menggunakan Dropbox Transfer untuk menghantar fail yang tidak memerlukan kerjasama. Sebagai contoh, anda mungkin menggunakan Dropbox Transfer untuk menghantar e-mel pautan bagi kontrak yang dimuktamadkan atau menghantar produk siap.

Apabila anda membuat penghantaran, penerima mendapat pautan boleh dikongsi yang boleh diklik untuk memuat turun fail. Penerima tidak memerlukan akaun Dropbox untuk mengakses atau memuat turun penghantaran. 

Ketahui cara untu mencipta penghantaran dengan Dropbox.

Tonton video ini untuk mendapatkan gambaran ringkas mengenai Dropbox Transfer.

Bolehkah saya menyesuaikan penghantaran saya?

Pelanggan Dropbox Professional, Education, Essentials, Business, Business Plus, Advanced dan Enterprise juga boleh menyesuaikan penghantaran dengan tarikh luput, kata laluan, logo dan latar belakang tersuai. Pelanggan Dropbox Professional juga boleh menambah pautan tapak web dan media sosial.

Apakah had saiz penghantaran?

Had saiz penghantaran anda bergantung pada pelan yang anda miliki.

  • Dropbox Basic (percuma): 100 MB
  • Dropbox Plus, Family dan Standard: 2 GB
  • Dropbox Transfer, Professional, Education, Essentials, Advanced, Business dan Enterprise: 100 GB
  • Dropbox Business Plus: 250 GB
highlight icon

Perhatian: Pelanggan yang telah membeli Penambahan Dropbox Replay (dahulunya Penambahan Alat Kreatif) boleh menghantar sehingga 250 GB.

Bilakah penghantaran akan luput?

Tempoh masa sebelum penghantaran luput bergantung kepada pelan yang anda miliki: 

  • Dropbox Basic, Family, Plus dan Standard: 7 hari 
  • Dropbox Transfer, Professional, Education, Essentials, Business, Advanced, Business Plus, Enterprise: Anda boleh menyediakan tarikh luput tersuai apabila anda mencipta penghantaran. Jika anda tidak mencipta tarikh luput tersuai, tarikh luput lalai untuk penghantaran anda ialah 30 hari.

Bilakah penghantaran akan dihapuskan daripada pelayan Dropbox?

Penghantaran yang telah luput akan dihapuskan daripada pelayan Dropbox selepas tempoh masa yang ditetapkan. Garis masa penghapusan ini bergantung kepada pelan anda: 

  • Dropbox Basic, Plus, Family dan Standard: Penghantaran dihapuskan 30 hari selepas tarikh luput. 
  • Dropbox Transfer, Professional, Education, Essentials, Advanced, Business, Business Plus dan Enterprise: Penghantaran dihapuskan 180 hari selepas tarikh luput. 

Apabila dihapuskan, penghantaran akan dibuang daripada tab Luput pada dropbox.com.

Anda boleh memilih untuk menghapuskan sendiri penghantaran, yang akan menyebabkan penghapusan daripada Dropbox secara serta-merta dan kekal.

Ketahui lebih lanjut tentang cara mencipta dan membuat penghantaran, cara melihat penghantaran yang dihantar dan diterima, dan cara menguruskan Dropbox Transfer untuk akaun pasukan anda.

Adakah artikel ini berguna?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami cara kami boleh menambah baik kandungan.

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami cara artikel ini dapat membantu anda.

Terima kasih atas maklum balas anda!

Jawapan komuniti

Cara lain untuk mendapatkan bantuan