Tidak. Anda tidak boleh berkongsi folder yang terletak di dalam folder kongsian melainkan anda menggunakan akaun Dropbox Business.
Jika anda ada akaun Dropbox Basic, Plus, Family, atau Professional, terdapat beberapa pilihan lain yang boleh diambil.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.
Dropbox Business: Cara berkongsi folder di dalam folder pasukan
Ahli pasukan Dropbox Business boleh berkongsi folder yang terletak di dalam folder pasukan, iaitu sejenis folder kongsian yang cuma tersedia kepada pengguna Dropbox Business. Folder pasukan hanya boleh dicipta oleh pentadbir. Ketahui bagaimana untuk mencari dan menghubungi pentadbir pasukan anda.
Pentadbir: Ketahui bagaimana untuk mencipta folder pasukan.
Dropbox Basic, Plus, Family, dan Professional: Pilihan lain untuk berkongsi subfolder folder kongsian
Anda tidak boleh berkongsi folder yang terletak di dalam folder kongsian, melainkan anda seorang pengguna Dropbox Business. Bagaimanapun, anda ada beberapa pilihan lain:
- Buang subfolder daripada folder kongsian, dan kemudian kongsikan subfolder itu
- Alih folder anda ke folder biasa (tidak dikongsi), atau nyahkongsi folder induknya
- Anda boleh meletakkan banyak folder kongsian di dalam satu folder biasa (tidak dikongsi)