Apakah percanggahan folder kongsian?

Percanggahan folder kongsian ialah folder yang Dropbox cipta untuk melindungi pengguna daripada tersilap menyiarkan kandungan sulit ke ruangan kongsian. 

Percanggahan folder kongsian boleh terjadi jika aplikasi Dropbox anda dimatikan semasa anda menyunting fail di dalam folder sulit dan pengguna lain mengalihkan atau menyunting folder tersebut. Apabila aplikasi Dropbox anda menyelaras, ia akan mencipta satu folder baru di dalam folder Ahli Pasukan anda sebagai “[nama fail] (percanggahan folder kongsian)”.

Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.

Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?

Anda boleh mengalihkan fail bercanggah keluar daripada Folder Ahli Pasukan anda kembali ke lokasi asalnya. Kemudian anda boleh menghapuskan fail yang lama dengan nama sama dan fail bercanggah itu daripada Folder Ahli Pasukan anda.

Bagaimana saya boleh mencegah percanggahan folder kongsian daripada berlaku lagi?

Untuk mencegah percanggahan folder kongsian daripada berlaku lagi, pastikan supaya hanya seorang menyunting folder dan fail sulit pada satu masa. 

Cara paling mudah untuk melakukan ini adalah dengan mengalih keluar fail anda daripada folder Dropboxnya semasa anda bekerja supaya tiada sesiapa yang boleh mengaksesnya. Setelah anda selesai menyunting, anda boleh mengalihkan fail itu kembali ke lokasi asalnya.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan