Anda boleh melumpuhkan komen pada fail selepas anda berkongsinya dengan orang lain.
Untuk melumpuhkan komen pada fail:
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Klik pada nama fail yang ingin dilumpuhkan komen.
- Klik "…" (elipsis) di bahagian bawah kanan pratonton.
- Jika fail berada dalam Dropbox anda, klik Lumpuhkan komen untuk melumpuhkan semua komen untuk fail itu.
Untuk membolehkan komen semula, anda boleh:
- Klik Hidupkan komen di dalam kotak teks komen, atau
- Klik "…" (elipsis) di bahagian atas pratonton dan kemudian pilih Hidupkan komen
Ingin mematikan pemberitahuan komen? Ketahui caranya.