Anda boleh berkongsi pautan ke fail atau folder dari dropbox.com, komputer, telefon, atau tablet anda. Orang yang menerima pautan kongsian atau fail kongsian dengan keizinan lihat-sahaja tidak akan dapat menyunting fail asal dalam apa jua cara sekalipun.
Pelanggan Dropbox Professional dan Business boleh menukar tetapan pautandan menyesuaikan pautan yang dikongsi dengan penjenamaan profesional.
Perhatian:
- Fail Microsoft Office dan Dokumen, Helaian, dan Slaid Google membenarkan akses menyunting secara lalai, tetapi anda boleh mengubah akses kepada lihat-sahaja apabila anda mencipta pautan.
- Anda tidak boleh membuat pautan kongsian kepada folder terhad.
Belum menggunakan Dropbox? Lihat bagaimana Dropbox akan membantu anda berkongsi folder dengan mudah.
Cara berkongsi dengan pautan dari dropbox.com
- Daftar masuk ke dropbox.com.
- Klik Semua fail dalam bar sisi sebelah kiri.
- Layangkan tetikus ke atas nama fail atau folder yang ingin dikongsi dan klik ikon kongsi (orang).
- Jika pautan belum dicipta, klik Cipta.
- Jika pautan telah pun dicipta, klik Salin pautan.
- Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian anda boleh menampalnya ke dalam e-mel, SMS, atau di mana-mana sahaja orang boleh mengaksesnya.
Cara berkongsi dengan pautan daripada folder Dropbox pada komputer anda
- Buka folder Dropbox pada komputer anda.
- Klik kanan pada fail atau folder yang ingin dikongsi.
- Klik Kongsi.
- Jika pautan belum dicipta, klik Cipta pautan.
- Jika pautan telah pun dicipta, klik Salin pautan.
- Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian anda boleh menampalnya ke dalam e-mel, SMS, atau di mana-mana sahaja orang boleh mengaksesnya.
Cara berkongsi dengan pautan dari Dropbox dalam bar tugas/bar menu anda
- Buka aplikasi desktop Dropbox.
- Klik ikon Dropbox dalam bar tugas (Windows) atau bar menu (Mac) anda.
- Layangkan tetikus di atas fail atau folder yang ingin dikongsi.
- Klik “…” (elipsis) di sebelah fail atau folder itu.
- Klik Kongsi….
- Jika pautan belum dicipta, klik Cipta pautan.
- Jika pautan telah pun dicipta, klik Salin pautan.
- Pautan akan disalin ke papan klip anda. Kemudian anda boleh menampalnya ke dalam e-mel, SMS, atau di mana-mana sahaja orang boleh mengaksesnya.
Cara berkongsi dengan pautan daripada telefon atau tablet anda
- Layari fail atau folder yang ingin dikongsi.
- Tekan “…” (elipsis).
- Tekan Kongsi.
- Tekan Cipta pautan.
- Jika pautan telah pun dikongsi ke fail atau folder ini, tekan Kongsi di sebelah Sesiapa sahaja yang ada boleh melihat.
- Pilih cara anda ingin berkongsi pautan daripada pilihan.