Metadata adalah maklumat yang anda dapat lihat mengenai fail. Ia termasuk maklumat seperti tarikh fail anda dicipta dan saiz fail.
Untuk melihat metadata fail anda:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Klik fail yang anda inginkan maklumat.
- Klik Perihal.
Dalam bahagian Perihal, anda akan melihat jenis maklumat yang berlainan bergantung kepada jenis fail yang anda sedang pratonton. Semua fail memaparkan metadata berikut:
- Nama pengguna yang memuat naik fail (Dimuat naik oleh)
- Tarikh dan masa fail dimuat naik (Tarikh muat naik)
- Bila fail kali terakhir diubah suai (Terakhir Diubah Suai)
- Format fail (Format)
- Saiz fail dalam bait (Saiz)
Metadata khas fail
Sesetengah jenis fail memaparkan metadata tertentu selain daripada metadata asas yang disenaraikan di atas. Untuk maklumat lanjut, rujuk senarai metadata mengikut jenis fail di bawah.
Fail imej:
- Tarikh asal
- Jarak fokus
- Laju pengatup
- Apertur
- ISO
- Metering
- Denyar
- Imbang putih
- Pengeluar kamera
- Model kamera
- Model kanta
- Dimensi
- Dots per inch
- Profil warna
- Artis
- Hak cipta
Fail Microsoft Office:
- Tajuk
- Notis Hak Cipta
- Nombor Semakan
- Halaman
- Perenggan
- Perkataan
- Aksara