Cara mencari fail dalam aplikasi desktop Dropbox

Anda boleh mencari fail dan folder menggunakan bar carian dalam aplikasi desktop. Sama seperti apabila anda mencari di laman web Dropbox, bar carian aplikasi desktop:

  • Mengimbas semua fail dan folder, termasuk dokumen Paper
  • Mengimbas nama fail, format, serta kandungan fail anda
  • Tidak sensitif saiz huruf
  • Mengandungi pembetulan ejaan untuk pertanyaan carian anda
  • Memuat hasil carian sambil anda menaip

Bagaimana untuk menggunakan bar carian aplikasi desktop

  1. Klik ikon Dropbox dalam bar menu di bahagian atas skrin komputer.
    • Jika anda tidak nampak ikon Dropbox, ini barangkali bermakna bahawa aplikasi Dropbox tidak dibuka.
  2. Taipkan kata kunci ke dalam bar carian. Aplikasi akan memaparkan hingga 50 hasil carian.

Jika fail atau folder diselaraskan secara setempat ke komputer anda, anda boleh klik fail atau folder itu untuk membukanya dalam pelayar fail komputer anda (Finder jika anda berada dalam Mac atau File Explorer jika anda berada dalam Windows). Jika fail atau folder tidak diselaraskan secara setempat, maka ia akan dibuka dalam pelayar web di dropbox.com 

Jika anda ingin melihat hasil carian anda dalam pelayar web di dropbox.com, klik Lihat di dropbox.com di bawah bar carian.

Halaman hasil di laman web pada mulanya akan memaparkan hingga 100 hasil carian. Jika anda ada lebih banyak hasil carian, ia akan dimuatkan dalam kelompok 100 apabila anda menatal ke bawah halaman sehingga semua hasil dimuatkan. Ketahui lebih lanjut tentang mencari fail di dropbox.com.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan