Selepas anda menyediakan vault dengan Dropbox Vault, anda boleh berkongsinya dengan hingga 5 kenalan yang dipercayai. Kenalan yang dipercayai tidak boleh membuka atau menyunting vault anda, tetapi mereka boleh memuat turun semua fail di dalamnya sekaligus sebagai fail ZIP.
Kenalan yang dipercayai tidak memerlukan PIN anda untuk memuat turun vault anda, tetapi mereka akan memerlukan kata laluan akaun Dropbox mereka. Dropbox akan memaklumkan anda melalui e-mel apabila mana-mana kenalan yang dipercayai memuat turun fail dari vault anda.
Perhatian: Jika kenalan anda yang dipercayai tidak mempunyai akaun Dropbox, mereka perlu mencipta akaun untuk menerima jemputan anda. (Anda boleh menjemput mereka dan mereka akan diminta untuk mencipta akaun Dropbox dari jemputan e-mel mereka).
Anda boleh menjemput kenalan yang dipercayai di dropbox.com. Selepas anda menjemput kenalan yang dipercayai, mereka akan menerima satu jemputan e-mel. Anda boleh melihat dan menguruskan jemputan kenalan yang dipercayai dari tetapan vault anda.
Untuk menjemput kenalan yang dipercayai ke vault anda:
Untuk melihat atau membuang kenalan yang dipercayai anda: