​​Apa perlu dilakukan jika Dropbox gagal dipasang

Jika aplikasi Dropbox pada komputer anda tidak dapat dipasang, penyelesaian paling mudah adalah dengan cuba memuat turun pemasangan penuh di sebalik pemasangan biasa. 

  • Kedua-duanya akan memasang aplikasi Dropbox, tetapi pemasangan penuh tidak memerlukan sambungan internet

Penyelesaian untuk kegagalan memasang aplikasi Dropbox pada komputer anda

  • Pastikan perisian antivirus atau tembok api anda tidak menghalang pemasangan
    • Jika benar, anda boleh mengkonfigurasi tembok api anda secara manual untuk bekerja dengan Dropbox menggunakan panduan ini
    • Jika anda nampak mesej ralat ”Tidak dapat mewujudkan sambungan selamat”, ikut panduan ini
  • Pastikan komputer anda memenuhi syarat keperluan minimum untuk menjalankan aplikasi Dropbox
  • Pastikan anda sedang memasang versi terkini aplikasi Dropbox
  • Jika anda sedang cuba untuk menjalankan Dropbox dalam rangkaian korporat (WiFi syarikat), pastikan ia disokong 
  • Jika anda sedang menggunakan akaun Dropbox Business, hubungi pentadbir pasukan anda dan pastikan mereka telah meluluskan peranti anda untuk pemasangan

Perhatian: Jika anda bukan pentadbir pada komputer Mac yang sedang cuba dipasangkan Dropbox, dan anda telah mencuba langkah-langkah penyelesaian masalah ini, anda mungkin perlu memasang secara manual.

Kenapa saya tidak boleh gunakan Dropbox dalam rangkaian korporat?

Aplikasi Dropbox mungkin tidak boleh dipasang atau diselaraskan pada rangkaian korporat. Jika anda tidak pasti sama ada Dropbox disokong pada rangkaian korporat anda, hubungi pentadbir rangkaian syarikat anda untuk bertanya.

Sesetengah rangkaian korporat berada di belakang pelayan proksi HTTP yang menggunakan pengesahan NTLM. Dropbox tidak menyokong pengesahan proksi jenis ini buat masa sekarang. Bagaimanapun, sesetengah pengguna telah melaporkan sukses dalam menggunakan proksi perantaraan, seperti NTLMAPS atau cntlm, untuk menjalankan Dropbox dalam rangkaian mereka.

Sejauh manakah artikel ini membantu?

Kami kesal mendengarnya.
Beritahu kami bagaimana kami boleh perbaiki:

Terima kasih atas maklum balas anda!
Beritahu kami bagaimana artikel ini membantu:

Terima kasih atas maklum balas anda!

Cara lain untuk mendapatkan bantuan